Malaysia Dateline

Tiada dalam kabinet, harap Azalina dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman sewajarnya diberi posisi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-undang).

Ketua Wanita AMANAH Nasional Athirah Al Jundi melahirkan rasa kecewa apabila Azalina tidak tersenarai sebagai salah seorang menteri di dalam kabinet pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.

Bagi Senator Dewan Negara ini, Azalina seorang yang bersikap lebih progresif dan wajar mengisi jawatan itu.

“Terdapat banyak RUU yang berkepentingan awam yang perlu diperkenalkan dan dipinda, dan beliau adalah salah seorang yang berfikiran segar, matang dan objektif.

“Ini satu kerugian,” kata beliau.

Justeru, beliau berharap Azalina dapat diberi peluang mengisi jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Speaker gagalis sedia ada yg sangat-sangat mengecewakan.