Senarai rasmi 27 pemain utama yang bakal menjalani kem latihan pusat telah dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Yang menjadi perhatian bukanlah kedatangan muka baharu, tetapi ketiadaan nama pemain berpengaruh, Safawi Rasid.
Penyerang kelab Ratchaburi itu hanya diletakkan dalam senarai menunggu bersama 12 pemain lain.
Senarai berkenaan melibatkan pemain yang dipanggil untuk berlatih di kem di Johor sebelum menyertai perlawanan antarabangsa.
“27 pemain ini telah dipanggil untuk menghadapi dua aksi antarabangsa bertemu Turkmenistan dan Hong Kong.
“Selain itu, ada 13 pemain telah diletakkan di dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam pasukan sepanjang kem latihan pusat nanti,” kata FAM.
Perlawanan antarabangsa itu bakal diadakan pada 23 dan 28 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Safawi sebelum ini menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika menjadi kapten skuad negara pada kempen Piala AFF 2022 lalu.
Daripada 23 pemain yang membawa skuad Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF, hanya sembilan nama dikekalkan.
Selain Safawi, pemain yang menyerlah pada aksi Piala AFF lalu iaitu Sergio Aguero dan Lee Tuck turut diletakkan dalam senarai menunggu.
Baca juga: Dikenakan waran tangkap oleh mahkamah, ini alasan EXCO Terengganu