Malaysia Dateline

‘Tiada esok untuk Pendang’ – MP Pas buat kecoh sidang Dewan Rakyat, orang ramai pun meluat

Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahudin Hashim (PN) petang ini dilihat menimbulkan kekecohan dalam mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pas Pusat itu berterusan menganggu ketika Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berbahas.

“Tiada esok untuk Pendang,” tempelak Guan Eng.

Sebelum itu, Awang Solahudin tidak sudah-sudah mempertikai konsep Kerajaan Perpaduan yang tegasnya tiada pembangkang.

Untuk rekod, Perikatan Nasional (PN) bulan lalu yang menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya PN dan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sikap Awang Solahudin yang juga dilihat berterusan tidak mengendahkan arahan Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu turut dilihat mengundang rasa meluat rakyat.

“Meluatlah tengok Pendang.

“MP Pendang ni elok tendang keluar Dewan. Memekak je!

“Siapalah undi Pendang. Tak ada tokoh langsung jadi ahli Parlimen,” demikian antara kecaman orang ramai.

Baca juga ‘Rumah tenggelam paras dada, hujan lebat luar biasa, orang kampung ramai terperangkap’