Tak perlu ada ijazah pun, ini 16 jenis kerja bergaji tinggi di Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Rata-rata pekerjaan di Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya ijazah bagi mendapat tempat dalam syarikat mereka.

Tapi jangan terkejut masih ada banyak pekerjaan yang tidak memerlukan anda mengambil segulung ijazah.

Berikut adalah 16 kerjaya yang boleh memberi pulangan lumayan walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

  1. Juruterbang

Walaupun tidak memerlukan ijazah namun modal besar diperlukan untuk mengambil lesen tapi berbaloi dengan tangga gaji anda nanti.

Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka

  1. Penasihat kewangan

Juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah.

Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

  1. Ejen Insuran

Kalau anda rasa anda pandai menarik orang dan bermulut manis maka boleh cuba menjadi ejen insurans.

Cara mudah sahaja, pemohon hanya perlu lulus uhian berkaitan dan ramai sebenarnya sudah berjaya jadi jutawan cuma jangan tipu pelanggan sudah.

  1. Ejen hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Broker Rumah atau Broker Tanah telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual.

Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

  1. Welding Inspector
  2. Welding QC Co-ordinator
  3. Plant Inspector
  4. Offshore Inspection
  5. Non-destructive Testing
  6. Plastics Welders
  7. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

  1. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH

  1. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini‚ perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

  1. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak.

Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

  1. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah

  1. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik.

Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Jadi jika anda tidak berminat untuk mendapatkan ijazah, carilah sijil yang lebih kepada kemahiran, mungkin minat anda lebih ke arah itu.

Baca juga: Wanita saman ibu bapa sendiri sebab lahirkan dirinya tanpa persetujuan