Tiada inai, netizen syak gambar Shuib peluk Watie diambil sebelum kahwin

Oleh KIM SYAZIE

Sekeping gambar pelawak, Shuib yang sedang memeluk isterinya, Watie Hanafiah telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Mengundang perasaan kurang senang, timbul dakwaan bahawa gambar itu sebenarnya diambil sebelum pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.

Khabar angin itu pula diperkuatkan lagi dengan tampilan jari Watie yang terlihat kosong tanpa hiasan inai menandakan mereka belum bernikah.

Menerusi gambar yang beredar, Watie dan Shuib dipercayai memakai koleksi barang kemas tajaan sebuah syarikat terkenal.

Berdiri bersebelahan, pasangan itu terlihat terlalu dekat antara satu sama lain, malah Watie turut meletakkan tangannya di bahu Shuib.

Menimbulkan amarah di hati peminat, ramai meluahkan ‘kesakitan’ hati mereka apabila melihat tangan Shuib diletakkan di pinggang Watie.

Tular di media sosial, gambar tersebut dimuat naik sebagai promosi di laman Instagram syarikat barang kemas berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna terperanjat melihat gambar yang tidak sepatutnya diambil sebelum mereka berkahwin.

“Astaghfirullah. Terkejut tengok. Tak sepatutnya berlaku sebelum berkahwin. Ini yang kita nampak, belakang kita,” kata seorang pengguna.

“Sebelum nikah ke? Tiada inai, tetapi pose peluk, sentuh, rapat macam sudah sah.” Kongsi pengguna lain yang kecewa melihat gambar tersebut.

Baca juga: Tak perlu bazir duit beli rumah, jutawan nasihat suruh sewa sahaja