Tiada jurulatih salahkan menteri: MSN jawab dakwaan atlet olahraga Irfan Shamsuddin

Tiada jurulatih salahkan menteri: MSN jawab dakwaan atlet olahraga Irfan Shamsuddin
Datuk Ahmad Shapawi Ismail

Majlis Sukan Negara(MSN) hari ini menafikan dakwaan atlet olahraga kebangsaan Muhammad Irfan Shamsuddin bahawa sebarang keputusan yang diambil oleh majlis itu tidak ada kaitan dengan arahan atau pandangan Menteri Belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata,Irfan berkait rapat dengan keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja Sukan Olahraga yang bermesyuarat pada 15 Januari 2019.

Ia dihadiri oleh Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim dan Ketua Jurulatih Olahraga En. Zainal Abas, wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM), wakil Institut Sukan Negara (ISN) dan juga wakil Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kami amat kecewa dengan tuduhan melulu yang tidak sesuai dikeluarkan oleh Irfan sebagai atlet Kebangsaan dan saya terpanggil untuk memberi penjelasan sebenar tentang apa sebenarnya yang berlaku.

“Dakwaan Irfan bahawa KBS/MSN/KOM telahmenamatkan kontrak jurulatih peribadi beliau En Frantisek Petrovic adalah tidak benar sama sekali.

“MSN dan KOM telah mencadangkan agar Irfan berlatih dengan jurulatih
luar negara yang sedia ada iaitu Cik Gu Yuan yang merupakan jurulatih acara lontaran dari China bersama-sama dengan atlet-atlet lontaran yang lain tetapi tidak dipersetujui oleh Irfan sendiri.

“Pada 7 Januari 2019 beliau telah mengemukakan permohonan kepada KOM dan MSN untuk latihan di Eropah dengan calon jurulatih dari Republik Czech tersebut, Imrich Bugar yang berumur 64 tahun.

“Bagaimanapun Jawatankuasa Kerja telah membincangkan mengenai cadangan Irfan ini, mencadangkan kepada KOM untuk berbincang semula dengan Irfan tentang calon tersebut khususnya kemampuan dan rekod kejurulatihan Imrich Bugar supaya jurulatih tersebut nanti sekiranya dilantik akan dapat melaksanakan tugas melatih Irfan dan beberapa atlet lontaran yang lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dakwaan yang dibuat oleh Irfan Shamsuddin yang mempersoalkan peranan menteri belia dan sukan di laman sosialnya semalam

Beliau memperjelaskan dakwaan Muhammad Irfan Shamsuddin semalamterhadap menteri belia dan sukanyang dipaparkan dalam laman Instagramnya.

Selain memperoalkan mengenai kejurulatihan, Irfan turut mendakwa beberapa badan induk sukan tidak bersikap adil dan rasional apabila menolak permohonannya untuk membiayai program latihan luar negara di Praguw, Republic Czeh Antalya Turki selama 85 hari bermula dari 23 Januari sehingga 17 April 2019.

Ahmad Shapawi berkata, Jawatankuasa Kerja mengambilkira pandangan KOM supaya cadangan Irfan untuk berlatih ke luar negara pada ketika musim sejuk perlu diteliti dan dibincangkan semula dengan Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan khususnya mengenai aspek beberapa aspek yang perlu dinilai semula.

“Tiada maklumat lengkap tentang pusat latihan yang akandigunakan khususnya semasa musim sejuk ketika ini yang jelastidak mempunyai pertandingan luar dewan bagi acara padangseperti acara lontaran tersebut.

“Tiadanya program latihan terperinci dari segi skop latihan,jurulatih yang akan mengendalikan latihan, khidmat sokongansains dan perubatan sukan yang akan diperolehinya.

“Tiadanya sebarang surat rasmi dari pihak Republik Czech dan Antalya, Turki samada Persatuan atau Kelab Olahraga yang boleh menyatakan persetujuan mereka menerima Irfan sebagai pelatih di sana apatah lagi sebutharga rasmi juga tidak disertaibersama cadangan tersebut. Apa yang dikemukakan oleh Irfanhanyalah sehelai kertas yang mengandungi keperluan kewanganyang dipohon dari MSN / KOM dan juga CV ringkas berkenaancalon jurulatih Imrich Bugar.

“Keraguan tentang keperluan latihan luar negara tersebut tetapiIrfan dalam masa yang sama menggesa MSN/KOM untuk menerima dan melantik cadangan calonjurulatih beliau tersebut dengan kadar segera sedangkan beliau sendiri akan bertolak ke luar negara pada 23 Januari 2019 nanti,” ujarnya.

Justeru katanya lagi, Jawatankuasa Kerja telah memutuskan untuk KOMkhususnya Datuk Karim Ibrahim bersama Ketua Jurulatih OlahragaKebangsaan mengadakan perbincangan lanjut dengan Irfan.

“Saya sendiri telah menghantar pesanan ringkas kepada Irfan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja untuk mengadakan perbincangan semula dengan KOM dan pihak KOM juga telah berhubung dengan Irfan melalui mesej pesanan ringkas bagi mengadakan perbincangan semula.

“Malangnya, belum pun berbincang, Irfan telah membuat tuduhan melulu tersebut dan lebih mengecewakan tuduhan tersebut ditujukan kepada YB Menteri yang selama ini telah berusaha kuat bagi mendapatkan peruntukan dan keyakinan Kerajaan dan pihak swasta membantu pembangunan sukan negara dalam keadaan kita terpaksa berbelanja dengan berhemah ekoran kekangan kewangan negara ketika ini.

“Saya secara peribadi amat kecewa dengan sikap Irfan khususnya dalamkita membantu beliau menggapai cita-citanya bukan sahaja dalam bidang sukan malahan turut membantu beliau mendapatkan keyakinan dan sokongan dari Institusi Pengajian Tinggi yang pada ketika ini sudah mula kurang mesra dan yakin dengan beliau,” ujarnya.

Ahmad Shapawi turut mengingatkan dikalangan atlet negara supaya tidak mengambil kesempatan di atas pendekatan kompromi MSN dalam “melindungi” dan mengusahakan yang terbaik buat mereka walaupun ada jawatankuasa sukan tidak berputus asa dalam menjadikan mimpi mereka untuk mencapai prestasi terbaik menjadi kenyataan.

“Sebarang keputusan yang diambil adalah secara bersama dengan pemegang taruh yang lain dan sudah tentu kita tidak boleh memuaskan hati seseorang individu demi berlaku adil kepada atlet-atlet yang lain.

“Saya gembira dengan usaha Nauraj Singh yang mempunyai pendekatan yang sama seperti Irfan tetapi mengambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan tajaan bagi membiayai latihan peribadinya di Leipzig, Jerman pada 8 Januari hingga 17 Februari 2019 disampingturut menyertai kejohanan di Hirson, Perancis (26 Januari 2019) dan Republik Czech (Otrokovice pada 30 Januari 2019 dan Nehvizdy pada 1 Februari 2019) selepas mengambilkira kebenaran yang telah diberikan oleh KOM sebagai badan yang menaunginya.

“Saya harap Irfan akan menggunakan saluran yang ada dalam memohon sebarang bantuan dan tidak menggunakan laman sosial peribadi untuk meluahkan kemarahan kepada seseorang apatah lagi melibatkan mereka yang telah banyak membantu beliau selama ini.

“Itu bukanlah satu sikap yang patut kita amalkan kerana saluran perbincangan dan persefahaman diamalkan oleh kita semua. KBS, MSN dan ISN akan terus bersikap positif membuka ruang danpeluang terbaik yang boleh kami ketengahkan bersama pemegang taruhyang lain bagi terus membantu atlet-atlet negara mempertingkatkanpotensi bakat mereka ke tahap tertinggi yang boleh demi menggapai cita-cita mereka dan mengharumkan nama dan imej negara di mata dunia,” jelasnya.