Malaysia Dateline

Tiada kematian, 47 kes baharu dilaporkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ni mengesahkan terdapat 47 kes positif baharu Covid-19 dikesan di negara ini sehingga Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu 21 kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Selain itu, KKM memaklumkan 26 kes melibatkan penularan tempatan, di mana 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“Sehingga 18 Mei 2020, 12 tengah hari, terdapat 47 kes baharu yang dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan covid-19 adalah 1,213 kes.

“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam kesnmemerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini

Justeru katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam perkembangan sama, KKM memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya ialah sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.