Tiada kenaikan harga melambung di saat akhir sambutan perayaan

Tiada kenaikan harga melambung di saat akhir sambutan perayaan

Pasar Chow Kit yang berusia lebih daripada 60 tahun itu, tetap menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah sebagai persiapan akhir sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut umat Islam seluruh dunia esok.

Tinjauan Malaysia Dateline di pasar itu hari in,i mendapati suasana persekitarannya agak sibuk berbanding hari biasa.

Bukan sahaja di dalam pasar apabila masing-masing bersesak-sesak memilih barangan keperluan seperti ikan, ayam dan da­ging, tetapi juga sayur-sayuran dan buah-buahan.

Berdasarkan pemerhatian, tiada kenaikan melambung walaupun sambutan Hari Raya Aidil Adha hampir tiba di Pasar Chow Kit.

Harga ayam masih RM8 sekilo manakala santan dijual pada harga RM7 sekilo ia adalah harga yang sama pada tinjauan pernah dilakukan pada Ramadan dan sambutan hari raya Aidil Fitri pada Jun lalu.

Kelihatan hari ini, suasana sibuk itu tidak hanya di dalam pasar, tetapi turut dirasai sepanjang Jalan Raja Bot sehingga ke Jalan Chow Kit apabila kenderaan tidak putus-putus keluar masuk.

(Dari Kiri) Zulkifli Ismail dan Zulman Hattan.

Rata-rata pelanggan yang ditemui mengakui pasar berkenaan menjadi tumpuan mereka untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan di musim perayaan.

Sementara itu, pembeli, Zulkifili Ismail berkata, harga di pasar Chow Kit masih sama dan tidak banyak beza.

“Saya sanggup datang dari Selayang semata untuk beli kat sini, harga sangat murah seperti ikan boleh dibeli dengan RM7 sekilo,” ujarnya.

Jelasnya, dengan harga yang murah ini membolehkan beliau untuk berjimat di samping merancang kewangan dengan baik untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya pada penggal cuti persekolahan.

Sementara itu, Zulman Hattan berkata, beliau menganggap Pasar Chow Kit masih mengekalkan kesegaran dan kualiti barangnya.

“Selain harga ditawarkan lebih rendah, barangan yang dijual lebih kualiti, segar dan mempunyai lebih banyak pilihan.”

(Dari kiri)  Peniaga Irfan Sapri dan Hisyam Anwar.

Bagi peniaga, Irfan Sapri berkata, harga tetap sama dan tiada kenaikan harga sempena musim perayaan ini.

“Harga masih sama seperti sebelum ini, kami peniaga menjual ikut harga pembekal, jika mahal kami terpaksa jual mahal jika murah kami akan menjual barangan dengan murah,” ujarnya.

Menurut Hisyam Anwar, seorang peniaga daging, beliau merasakan harga di Pasar ini jauh lebih murah berbanding pasar lain dan bekalan juga tidak putus.

“Setakat ini harga dijual masih sama sejak beberapa bulan lepas, kami peniaga juga mendapat bekalan yang mencukupi untuk orang ramai dan akan memastikan barangan yang dijual berkualiti dan bersih,” ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS