Malaysia Dateline

PRN Melaka: Tiada kerjasama Umno-PN, PH jangan pula terpesona

Zahid Hamidi kata tidak ada kerjasama antara Umno dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mungkin ada orang mempercayai kata-kata Presiden Umno ini tetapi tidak pada saya.

Sejak saya mengenali Zahid dan merasai bagaimana pembohongan (munafik)nya yang pertama sukar untuk mempercayai setiap kata-katanya. Pembohongannya dan bual besarnya berterusan.

Peringatan saya kepada Pakatan Harapan (PH) jangan pula terpesona dengan kata-kata Zahid itu sehingga berangan-angan untuk tubuh bersama selepas ini.

Hakikat di Melaka, PH berkedudukan sama kuat dengan Umno. Situasi itu membuka kerjasama antara satu sama lain.

PH perlu mengagah diri, yakin kepada diri sendiri untuk menghadapi Pirane itu nanti dengan kesendirian dan berazam untuk membentuk kerajaan dengan kekuatan hakikat.

Sesiapa yang percaya kepada Zahid samalah dengan mempercaya fotomorgana itu sebagai air.