Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tiada kes disahkan positif COVID-19 di Hospital Miri, Sarawak setakat 16 Februari 2020.

Tiada kes disahkan positif COVID-19 di Hospital Miri, Sarawak setakat 16 Februari 2020.

MAHDAR BUJANGFebruary 17, 2020 1:44 pm




 

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Dr Chin Zin Hing, Hospital Miri telah menerima sebanyak 16 kes pesakit yang disyaki COVID-19 melibatkan seramai 14 warganegara Malaysia, dan masing-masing seorang warganegara China dan warganegara Kanada.

Jelasnya, daripada jumlah berkenaan, seramai 14 kes telah didapati negatif ujian makmal manakala dua lagi masih menunggu keputusan.

“Seramai 10 kes telah dibenarkan pulang (discaj) selepas didapati sihat dan ujian makmal bagi ujian kali kedua juga didapati negatif,” ujarnya dalam satu kenyataan media di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, tegasnys, orang ramai dinasihati agar mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

“Gunakan penutup mulut dan hidung selain tisu apabila batuk atau bersin dan kemudian cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan selepas batuk atau bersin serta sentiasa amalkan adab batuk yang baik dan jaga kebersihan diri sepanjang masa,” tegasnya.

Pada masa sama, JKN Sarawak turut mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya demam atau mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke China.

Dr Chin turut mengingatkan semua pengamal perubatan, sama ada dari fasiliti kerajaan atau swasta, agar segera melaporkan kes-kes disyaki COVID-19 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian atau Daerah terdekat, atau kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

“Mereka boleh dihubungi di talian telefon 082-443248 atau melalui alamat e-mel: [email protected],” tambah beliau lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production