Tiada kompromi atlet Israel diberi kebenaran, demontrasi akan dilakukan, kata Raja Bahrin

Oleh MALAYSIADATELINE

Parti Amanah Negara (Amanah) akan melakukan demontrasi besar-besaran sekiranya kerajaan tidak menjaga sensitiviti rakyat dengan membenarkan mana-mana atlet sukan dari Israel dibenarkan memasuki negara ini, walaupun atas alasan semangat kesukanan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, Amanah menolak sekeras-kerasnya kemasukan wakil negara Israel untuk bersukan di Malaysia.

“Cukuplah membenarkan pasukan kriket Israel ke Malaysia temph hari yang membangkitkan kemarahan rakyat yang telah bangkit membantah.

“Selepas itu pula pemain rakyat Israel dalam pasukan bolasepak Chelsea dibenarkan masuk atas alasan semangat kesukanan antarabangsa.

“Kami percaya ia lebih dari kepentingan kewangan untuk penganjur yang berpengaruh.

“Jika kerajaan membenarkan mana-mana wakil sukan Israel masuk ke negara ini, Amanah akan mendahului demontrasi besar-besaran membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Raja Kamarul Bahrin lagi, tiada makna jika semangat kesukananan antarabangsa itu perlu dipelihara sementara darah rakyat Islam Palestin terus mengalir membasahi bumi Palestin.

“Baru-baru ini seorang lagi anak kecil bersama keluarganya mati dibunuh dengan kejam di Palestin dan ramai yng membantah trajedi teersebut turut terbunuh.

“Janganlah atas sebab kerajaan ingin menjaga hati penaja antarabangsa keganasan Israel seperti kerajaan Amerika Syarikat mengadai maruah dan nyawa syuhadah di Palestin yang terkorban.

“Ini bukan wasatiyah yang kerajaan kononnya berbangga ia merupakan pengkhianatan besar kepada pembela dan pejuang Palestin yang telah gugur,” ujarnya.

Beliau berkata cukuplah dengan tindakan kerajaan mengambil penasihat negara melalui APCO sebuah syarikat Yahudi.

“Jadi sudah tiba masanya kerajaan menunjukkan komitmen bersungguh-sungguh menepati aspirasi dan semangant perjuangan rakyat Islam sedunia dan hentkan politik mengampu kuasa besar yang diketuai oleh AS.

“Malah seorang calon utama Presiden Amerika, Donald Trumph telah mencadangkan pengharaman orang Islam memasuki Amerika. Ini realiti sebenarnya pandangan dan sikaap kuasa besar kepada Islam. Harap kerajaan Malaysia kekal tegas dalam isu ini,” ujarnya.

Bagaimanapun  dua hari lalu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin  telah menarik visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi,  semalam. Namun tindakan Khairy ini mendapat tentangan daripada Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin dipetik berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Justeru Pemuda Amanah dan PAS telah memberikan reaksi menyokong tindakan Khary dan  Pemuda PAS meminta Chong Zhemin menarik balik kenyataannya dan  memohon maaf  kerana telah menguris hati rakyat negara ini terhadap penderitaan rakyat Palestin. 

Justeru  Chong Zhemin  telah menarik balik kenyataannya  kerana  telah menimbulkan kekeliruan pendirian beliau terhadap perjuangan rakyat Palestin dan regim Israel, justeru katanya beliau ingin menarik kenyataan yang telah dibuat semalam.