Tiada kompromi ke atas pelaku homoseks

Homoeksual merupakan suatu isu yang tidak asing lagi dinegara kita terutama bila ia dikaitkan dgn beberapa  tokoh politik negara  yang dikatakann terlibat dengan perbuatan terkutuk ini. Bagi penulis bukan untuk beprangsangka burok kepada sesiapa tetapi rasa terkilan sehingga sekarang kita belum mengubal apa-apa undang yang boleh dikenakan keatas pelaku homseksual.Undang-undang jenayah syarie  kurang jelas, kerana pasangan sesama jenis yang berada dalam keadaan yang mencurigakan tidak boleh didakwa atas tuduhan khalwat.

Takrif khalwat hanya terhad kepada pasangan lelaki dan wanita, tidak tertakluk kepada pasangan sesama jenis. Begitu juga peraturan-peraturan kecil yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pasangan sejenis yang berdua-duan secara mencurigakan di tempat awam, terlepas dari tuduhan melakukan khalwat, maka atas kelemahan itu menjadikan perilaku ini semakin berkembang.

Secara institusinya, kita memerlukan satu peraturan yang tegas. Kita perlukan pindaan, kalaupun tidak sebuah akta yang baru. Kita perlu mentakrifkan semula “makna berdua-duaan secara mencurigakan” kerana kekhususan khalwat hanya terpakai dalam aksi antara lelaki dan wanita.

Justeru itu perlu ada peruntukan di bawah kesalahan jenayah syariah di mana kita boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang terhadap pasangan sejenis yang berada dalam situasi yang mencurigakan seperti mana juga yang kita telah peruntukan undang-undang terhadap kesalahan berkhalwat.

Tanpa rasa khuatir dan takut menerima tekanan kelompok ini, penggubal undang-undang mesti berani beriltizam untuk tidak menyemarakkan budaya yang bercanggah dengan etika, moral dan nilai agama. Kita mungkin boleh menjadikan apa yang pernah berlaku semasa zaman Nabi Nuh a.s sebagai pengajaran.

Apa yang sedang berlaku kini amat memalukan. Bagaimanapun, tanpa disedari, sebenarnya kita sendiri menjadi punca hingga menyebabkan golongan homoseksual semakin membiak dan berani. Meskipun demikian mereka masih tidak sedar dan terus-menerus melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., baik secara institusi mahupun secara individu. Berbagai tempat maksiat didirikan dan dikembangkan secara terbuka.

Yusuf al-Qaradawi mengungkapkan sejumlah prasyarat untuk mengubah kemungkaran bersesuaian dengan hadis yang bermaksud; “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya dan seterusnya ….”.

Pertama, kemungkaran itu adalah sesuatu yang diharamkan oleh syariat Islam dan bukan sesuatu yang khilafiah. Tidak termasuk kategori al-Mungkar’ itu misalnya soal fotografi, boneka atau patung mainan, nyanyian dengan muzik atau tanpa muzik. Ini bermakna seseorang itu tidak boleh menetapkan sesuatu perkara yang masih menjadi perdebatan para fuqaha sebagai sesuatu yang mungkar.

Kedua, kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan. Kemaksiatan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi tidak boleh diintip, memasang alat perakam atau kamera untuk mengetahuinya

Ketiga, kemampuan untuk bertindak dan mengubah kemungkaran. Jika seseorang itu tidak mampu dengan tangan maka dapatlah dilakukan secara lisan. Biasanya yang dapat mengubah sesuatu dengan tangan adalah penguasa. Bagaimana pula jika kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah atau pihak lain yang dilindunginya?

Menurut Qaradawi, para aktivis itu haruslah mempunyai salah satu daripada tiga kekuatan iaitu ketenteraan, suara majoriti perwakilan dan kekuatan massa (masyarakat, media cetak dan elektronik, individu perseorangan). Jika salah satu daripada tiga kekuatan itu tidak dimiliki, Qaradawi menganjurkan usaha mencegah kemungkaran dilakukan menggunakan cara lisan (tulisan, dakwah, nasihat, undang-undang) sehingga dapat mempengaruhi masyarakat bagi tujuan menghapus kemungkaran.

Keempat, untuk mencegah sesuatu kemungkaran perlu dilihat ke atas kesannya sama ada ia menimbulkan kemudaratan yang lebih besar atau tidak.

Melihat kepada pandangan dan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Qaradawi, jelas sekali perlunya kecermatan dan kejituan dalam menangani sesuatu persoalan kemungkaran.

Perbuatan homoseksual atau fenomena hubungan seks sesama jenis  tidak sepatutnya berlaku jika kita memahami hakikat kenapa manusia dijadikan Allah s.w.t. Manusia dijadikan secara alaminya berbeza, termasuk perbezaan jantina. Perbezaan jantina membuktikan adanya hasrat untuk hidup bersama, berkongsi sesuatu yang tidak dipunyai oleh jantina yang berlawanan. Semuanya itu diciptakan dengan asas dan tujuan yang satu, menjadikan hidup manusia bermasyarakat, beretika dan menghormati perbezaan. Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan, dan kerana itu tidak ada kelainan jantina selain dari itu.

Seorang lelaki dapat merasai nikmat apabila hidup bersama seorang wanita dalam konteks perkahwinan yang sah. Ketika itulah manusia mungkin sedar fungsi kekeluargaan, antara lelaki dan wanita akan menambahkan zuriat. Zuriat inilah yang menjadikan kelangsungan umat.

Apabila lelaki hanya boleh hidup bersama lelaki, ia sudah melanggar hukum alami ciptaan Allah s.w.t. Kita mungkin tidak mahu masyarakat akan menghadapi masalah sosial sebagaimana berlaku pada zaman Nabi Lut a.s. Kita mungkin juga tidak lupa kepada sejarah kuno yang berlaku di Yunani, iaitu kepada sebuah bandar yang lahir dari sebuah tamadun tinggi. Bandar Pompei masih memberikan kita pengajaran jelas, akibat penduduknya leka dan mengamalkan hubungan seks sesama jenis, Allah s.w.t menurunkan bala kepada mereka sehinggalah kehidupannya musnah.

Berapa banyak sudah pihak berkuasa menangkap sebilangan pelanggan  spa di ibu kota khasnya dikawasan Bukit Bintang  Kuala Lumpur. Sebahagian besar daripada pelanggan itu juga berbangsa Melayu dan beragama Islam.Perilaku ini semakin berkembang.

Nampaknya sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung gejala homoseks yang sedang ganas melanda negara tercinta ini. Gejala ini sudah terlalu parah. Justeru ubat untuk merawatnya juga perlulah kuat, keras dan mendalam

Pelik, mengapakah golongan ini terus wujud dan semakin berkembang biak walaupun mereka tahu bahawa perbuatan itu dikutuk oleh agama dan bercanggah dengan undang-undang?

Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah bertindak dengan lebih cepat, tegas dan agresif dalam menanganni isu ini kerana ini kerana, majoriti yang terlibat dengan gejala homoseks tersebut adalah anak-anak muda Melayu yang beragama Islam

Jangan kita membiarkan saudara-saudara kita itu terus bergelumang dengan dosa dan membiarkan bumi  ini dicemari gejala yang boleh menterbalikan bumi tercinta ini. Dan ingat apabila malapetaka itu diturunkan, ia tidak akan memilih mangsa.Menbiarkan masalah moral bermaharajalela mendekatkan waktu kehancuran sesebuah umat,sejarah telah menbuktikan bahawa tamadun dan empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat kepincangan moral yang parah dalam masyarakat.

Justeru itu, Allah menegaskan dalam surah  al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud: “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk  sesuatu tempat dan negeri  itu, akan Kami arahkan  mereka yang melampau dalam semua perkara, lalu mereka melakukan kerosakan dalamnya (kampung dan negeri itu), maka berhaklah negeri itu untuk dibinasakan, lalu Kami hancurkannya dengan sehancur-hancurnya.”

*Kolumnis adalah Pengarah Media Dan Komunikasi Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia(OMIW)