Tiada lagi doktor kerja 30 jam, kata Dr Dzulkefly

Tiada lagi doktor kerja 30 jam, kata Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berjanji akan menjaga kesejahteraan pengamal perubatan sama ada doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang lain.

Beliau juga akan meneliti masalah yang dihadapi mereka termasuk waktu bekerja di kalangan doktor yang menjangkau sehingga lebih 30 jam.

“(Jika bekerja lebih masa) mereka mungkin cenderung melakukan kesilapan dan ini memberikan tekanan kepada pesakit yang datang.

“Terdapat peraturan yang mengawal selia tugas pengamal perubatan profesional supaya mereka tidak sampai ke satu tahap di mana doktor hilang keupayaan melakukan tugas,” lapor Malaysiakini.

Beliau juga berjanji melihat kemungkinan memberikan cuti sehari kepada doktor atau pakar perubatan yang bekerja selama berjam-jam.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai panggilan bekerja lebih masa kepada para doktor yang menyebabkan mereka pulang lewat ke rumah.

Dalam sesetengah kes, terdapat di kalangan mereka pulang dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan kemalangan.

Pada masa ini, seseorang doktor perlu bertugas sekurang-kurangnya 24 jam dan terpaksa kembali semula ke hospital keesokan harinya mengikut waktu pejabat.

Keadaan ini dikatakan lebih tertekan dengan peningkatan jumlah pesakit di hospital kerajaan berikutan kenaikan kos sara hidup.

Dzulkefly berkata apabila kes-kes seperti itu berlaku, ia akan mewujudkan keadaan negatif akibat waktu bekerja yang panjang.

“Untuk berlaku adil, kita ada prosedur operasi standard. Saya berjanji akan menjaga kesejahteraan doktor. Bukan hanya doktor tetapi juga jururawat termasuk kakitangan hospital yang lain,” jelasnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS