Malaysia Dateline

Tiada lagi sel VIP sejak kisah Abdullah Ang, wanita buka cerita pengalaman bapa 30 tahun jadi pegawai penjara

Ramai tidak tahu tentang kisah seorang ahli perniagaan, Abdullah Ang yang didakwa mendapat layanan istimewa di penjara Kajang pada tahun 1989. Pembongkaran yang dilakukan sebuah akhbar tempatan secara eksklusif itu benar-benar orang kata sebagai ‘berani mati’.

Didedahkan, selain biliknya siap dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam air khas (waterbed), Abdullah juga dilihat boleh keluar masuk penjara Kajang dalam tempoh hukuman.

Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Abdullah telah dilihat di pusat bandar Kuala Lumpur. Abdullah ketika itu dikatakan memakai T-shirt dan seluar putih.

Susulan kisah Abdullah Ang yang menjadi popular, seorang pengguna Twitter membuka cerita tentang pengalaman bapanya selama hampir 30 tahun menjadi pegawai penjara.

Menurut pemilik akaun Dayana Syafiqah, dia memberitahu bahawa kisah Abdullah Ang itu sememangnya betul berdasarkan apa yang dikongsi bapanya. Kata wanita itu, sejak kes tersebut terbongkar, tiada lagi sel untuk orang kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pesalah yang mempunyai status seperti ‘pesalah yang mempunyai liputan luas’, kebiasaannya akan diletakkan berasingan dengan banduan lain.

“Bak kata my dad yang dah kerja sebagai anggota penjara for almost 30 years. Kisah Abdullah Ang memang betul tapi sejak kes ni lah dah tak ada cell vvip ni dah. Mana yang tular tu its either gambar lama or edit.

As for now yes NJ akan duduk cell asing dan seorang because of his status (pesalah yang mempunyai liputan luas). Fasiliti dia terima mungkin akan ada lebih sikit but not to the extend macam Abdullah Ang dulu lah.

“Yang ramai cakap pasal Anwar dulu bilik selesa bagai tu..gambar yang tular tu masa dia dekat hospital rehabitalisasi rasanya..few weeks/months before dapat royal pardon tu. Bukan gambar dalam sel penjara,” kongsinya di Twitter.

Wanita itu juga menitipkan pesanan dari bapanya yang menyarankan orang ramai agar melakukan semakan maklumat dengan betul sebelum menyebarkan sesuatu cerita.

Sementara itu, ada pengguna Twitter lain turut meninggalkan komen memberitahu ibunya juga hampir 30 tahun bertugas sebagai pegawai penjara dan menurut ibunya, kewujudan penjara VIP adalah tidak benar.

.

Baca juga: Belajar pun dari YouTube lepas itu berani lawan nasihat pakar, doktor beri amaran jangan dengar cakap doula

Baca juga: Lelaki cerita pengalaman masuk penjara Kajang, ‘Sangat gelap, boleh murung, macam ada aura tak selesa’