Tiada pangkat kehormat ATM diberi pada orang awam, kata Mohamad

Tiada pangkat kehormat ATM diberi pada orang awam, kata Mohamad

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengkaji semula trend semasa pemberian pangkat ketenteraan kehormat seperti “Kapten” atau “Mejar” kepada orang ramai.

Menteri yang dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata,kajian itu wajar dilakukan untuk mengekalkan imej pasukan ATM, dan keputusan itu disokong dikalangan veteran angkatan tentera.

“Kami tidak mahu orang ramai menyalahgunakan pakaian seragam tentera. Saya telah memberikan arahan untuk mengkaji kebiasaan memberikan gelaran atau pakaian seragam tentera kepada orang awam atau ahli politik dengan mudah. Kami mahu meminimumkan sebanyak mungkin.

“Tentera adalah tentera. Para veteran telah menyuarakan sokongan mereka untuk semakannya – di mana dikalangan yang benar-benar layak akan dianugerahkan gelaran ketenteraan kehormat, “katanya dalam sidang¬† media hari ini.

Patriot baru-baru ini meminta Mohamad untuk tidak memberikan  gelaran kehormatan atau memakai pakaian seragam tentera seperti mana pernah dilakukan menteri pertahanan sebelum ini.

Selain itu, Mohamad juga berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menubuhkan jawatankuasa penyelidikan untuk melihat skandal yang melibatkan tentera, termasuk pembelian kapal selam Scorpene di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita akan menubuhkan jawatankuasa siasatan dan laporan jawatankuasa ini akan dibincangkan dalam Kabinet. Hasil laporan dan sebarang cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan.Masih terlalu awal untuk mengulas mengenai jawatankuasa itu.

“Jawatankuasa akan menyiasat semua isu yang telah dibangkitkan oleh orang ramai. Kita tidak akan menumpukan semata-mata kepada hanya satu isu seperti perjanjian Scorpene, “katanya.

Jawatankuasa ini juga akan berusaha untuk memastikan kementerian itu bebas dari rasuah kerana ini akan mempunyai kesan yang sangat negatif ke atas keupayaan tentera Malaysia dan pada masa yang sama melemahkan pertahanan negara.

Mohamad juga berjanji untuk memastikan bahawa Mindef tidak lagi menjadi kuda tunggangan untuk ahli politik dengan pembasmian rasuah dan memastikan pengurusan kewangan dan pemerolehan akan dijalankan mengikut prosedur kerajaan.

Beliau juga mempunyai rancangan untuk mengkaji proses perolehan kementeriannya untuk melihat sama ada ia memerlukan peningkatan atau tidak.

“Jika kita perlu memperbaiki atau ada ruang untuk penambahbaikan, kita akan memperbaikinya. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan meneruskannya, “katanya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS