Malaysia Dateline

Tiada parkir percuma Sabtu, Ahad di Melaka

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melaksanakan penguatkuasaan semula kutipan caj petak letak kereta berkupon mulai 1 Julai 2020.

Kutipan caj petak letak kereta akan beroperasi setiap hari kecuali Isnin dan Selasa serta cuti umum.

Bagaimanapun, caj percuma yang diberikan pada hari Isnin dan Selasa menimbulkan tanda tanya.

Jika sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka di bawah bekas Ketua Menterinya Adly Zahari memberi parkir percuma pada hari Sabtu dan Ahad.

Menurut Adly dalam lontaran di Facebooknya, tujuan utama kerajaan PH Melaka memberi parkir percuma pada Sabtu dan Ahad untuk memacu ekonomi rakyat.

“Sekaligus boleh mempertingkatkan ekonomi negeri melalui hasil cukai dengan keuntungan perniagaan,” katanya.

Malah ramai yang berpendapat parkir percuma pada Sabtu dan Ahad dapat dapat menjana ekonomi kerajaan negeri dengan kemasukkan pelancong pada hujung minggu.

Menurut Zairi Suboh yang turut meninggalkan komen setuju dengan langkah kerajaan PH sebelum ini yang mana Melaka berjaya catat 18.7 juta pelancong pada tahun 2019.

“Bebal punya idea..orang melaka yg duduk luar melaka..balik melaka sabtu ahad..sabtu ahad kena bayau paking..,” kata Roszaiman Mohd Taib.

“dah elok2 sabtu ahad ramai org luar dtg dan tarikan tak perlu bayau parking..diubahnya plak..halamak tuan..sapa ler punya idea nie..aduhaiiii..,” komen Mohd Hairi Mohd Jadi.