Tiada permohonan maaf, saman akan difailkan, kata Leman Raja Lawak

Tiada permohonan maaf, saman akan difailkan, kata Leman Raja Lawak

Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak akan menfailkan saman terhadap sebuah portal (Bernama.com) yang didakwanya mengeluarkan berita yang mengelirukan dan berunsur fitnah terhadapnya.

Menurut beliau lagi, saman tersebut terpaksa dibuat kerana berita yang telah dikeluarkan tersebut mengelirukan serta berniat jahat untuk mencalarkan nama baik beliau.

Melalui whatsapp yang dihantar olehnya, Leman juga menyatakan portal tersebut telah mendakwa ia mencabul kehormatan seorang pekerja wanita pada November yang lalu.

Namun begitu ujarnya, apa yang dinyatakan adalah tidak benar serta ingin memburukkan karier beliau dalam politik serta juga sebagai pencebur baru dalam bidang industri.

“Berita yang dikeluarkan oleh portal tersebut adalah satu berita yang jauh tersasar dari kes asal, sedangkan pekerja yang didakwa dicabul tersebut masih lagi bersama hingga kini.

“Perkara ini akan dirujuk kepada peguam serta saman malu akan difailkan dalam masa terdekat.

“Satu laporan polis turut akan dibuat terhadap portal tersebut, ” ujarnya lagi.

Menurut Leman lagi, ia tidak akan menerima apa jua permohonan maaf dari portal tersebut.

Tambahnya, tindakan saman tersebut adalah bagi memberi pengajaran kepada penulis berita agar senantiasa berhati-hati mengeluarkan berita sensasi yang berbaur fitnah sehingga mampu menjejaskan reputasi.

Leman juga adalah aktiviti AMANAH serta merupakan bekas Ketua AMANAH kawasan Sik, Kedah