Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Lion Air
Pasukan Sar menemui beberapa barangan milik penumpang pesawat Lion Air yang terhempas dalam kejadian awal pagi tadi.

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Lion Air

Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di
Jakarta telah memaklumkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan menaiki pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas selepas 15 mini berlepas dariLapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktuIndonesia Barat (WIB) hari ini.

Dalam kenyataan itu kementerian telah menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan butiranterperinci mangsa yang terlibat.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibatdi dalam kejadian ini.
“Pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini,” ujarnya kenyataan itu.

Pesawat jenis Boeing 737-800 tersebut membawa seramai 188 orang penumpang
termasuk seorang kanak-kanak, dua (2) orang bayi serta tujuh (7) orang krew, dalam penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung.
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dilaksanakan oleh pasukan Search and Rescue (SAR) Indonesia di lokasi kejadian.

Kementerian menerusi kenyataannya itu juga memaklumkan mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian berlaku boleh menghubungi pihak Kedutaan menerusi emel: [email protected]/[email protected] atau nombor telefon +62215224947dan +6281380813036 (whatsapp).

COMMENTS

Wordpress (0)