Malaysia Dateline

Tiada sebab Ahli Parlimen Batu lepaskan jawatan kerana desakan NGO

Ahli Parlimen Batu P Prabakaran hari ini, menegaskan beliau akan terus memberikan khidmat kepada rakyat di kawasannya walaupun ada suara desakan dariada beberapa NGO agar beliau melepaskan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Prabakaran dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menerima desakan daripada beberapa NGO itu secara positif kerana inginkan kebaikan kepada parti dan kawasan.

Bagaimanpun bekas ahli Parlimen Tian Chua sebagai seorang aktivis reformasi ujarnhya, tidak pernah mendesaknya dan tidak pernah berunding secara terus mengenai tugasan atau melepaskan jawatannya.

“Saya sebagai seorang Ahli Parlimen selepas pilihanraya ataupun selepas keputusan mahkamah yang menyebelahi Tian Chua.

“Mengenai NGO NGO yang kononya mendesak saya untuk berundur; ada nama nama NGO yang disenarai pernah saya bantu secara langsung.

“Ada juga aduan mengenai beberapa NGO yang tersenarai bahawa, itu adalah kenyataan seseorang individu dan bukan statement oleh NGO tersebut.

“Saya berinteraksi dengan pengundi saya setiap hari, mereka memang inginkan seorang pemuda yang bersemangat untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka lalui selama ini.

“Banyak program dan aktiviti dijalankan oleh saya dikawasan Batu. Saya sedang menyelesaikan masalah mereka secara beransur- ansur dan dapat menyelesaikan beberapa masalah rumit yang dihadapi pengundi saya dalam tempoh yang singkat.

“Saya tekad untuk memberi penyelesaikan terbaik dalam beberapa isu yang saya sedang tumpukan sekarang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Desakan itu membabitkan 14 Ngo yang mencadangkan supaya Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua bertanding semula di kawasan berkenaan.

Cadangan itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu, yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada PRU14 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.

Menurut Prabakaran beliau sendiri telah bertanyakan mengenai desakan NGO tersebut dan mendapati desakan dibuat itu bukannya datang daripada keputusan NGO sebaliknya keputusan individu.

Justeru katanya lagim sebagai seorang ahli parlimen beliau berhasrat untuk terus menyumbangkan tenaga dan usaha untuk kebaikan parti serta merealisasikan agenda reformasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya akan berkhidmat untuk rakyat secara telus dan adil tanpa melepaskan mereka di pertengahan jalan,” ujarnya.