Tiada sebab Nur Jazlan mahu desak Mahathir segera daftar parti baharu

Tiada sebab Nur Jazlan mahu desak Mahathir segera daftar parti baharu

Datuk Nur Jazlan Mohamed tiada sebab untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang  menyegerakan pendaftaran penubuhan parti baharu yang diumumkan Khamis lalu.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Nur Jazlan Mohamed tiada sebab untuk mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad dan pakatan pembangkang  menyegerakan pendaftaran penubuhan parti baharu yang diumumkan Khamis lalu.

Bekas  naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, timbalan menteri dalam negeri itu tidak sepatutnya mendesak bekas perdana menteri itu dan kumpulannya  seolah-olah mengambarkan mereka tidak tahu prosedur untuk menubuhkan sebuah parti baharu dalam negara ini.

“Nur Jazlan jangan terlalu kalut dan tak perlu ajar Tun Mahathir dan kumpulannya apa yang perlu untuk membuat permohonan segera bagi mendaftarkan parti baru yang dicadangkan itu.

“Kami faham prosedur pendaftaran sebuah pertubuhan parti politik.

“Lebih baik Nur Jazlan tumpu kepada tugas-tugas hariannya sebagai timbalan menteri dalam negeri.Jangan jaga tepi kain orang,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Setiausaha Kerja Sekretariat Deklarasi Rakyat ini juga berkata, Nur Jazlan tidak mempunyai ‘stature’ (kedudukan) untuk menasihati atau mendesak Mahathir.

“Beliau tidak ada ‘stature’ untuk mendesak.

“Beliau belum tentu tahu sama ada boleh menang atau tidak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pulai pada pilihan raya kelak.

“Saya ingin memberi amaran kepada beliau agar jangan buat kenyataan serta tuduhan tidak berasas bahawa cadangan penubuhan parti baharu ini hanyalah untuk kepentingan diri Tun Mahathir.

Datuk Nur Jazlan Mohamed“Beliau adalah seorang pemimpin yang tidak berprinsip yang tidak harus diberi tempat dalam parlimen… jangan ajar itik berenanglah!,”ujarnya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan yang disiarkan oleh Malay Mail onlne semalam, Nur Jazlan di petik sebagai berkata, Mahathir perlu memfailkan permohonan segera untuk pendaftaran parti politik baru dicadangkan itu.

Nur Jazlan berkata Pendaftar Pertubuhan masih belum menerima sebarang permohonan daripada Mahathir.

Permohonan itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri yang akan membuat keputusan sama ada parti itu diluluskan atau tidak berdasarkan latar belakang dan rekod pemilik dan sumber kewangan organisasi.

Nur Jazlan juga dipetik berkata, kementerian tidak mahu rakyat tertipu dengan parti baharu ini jika ia diciptakan dari kepentingan diri dan bukan untuk kepentingan rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai hal itu, Khairuddin berkata, Nur Jazlan dakwanya, tahu apa sebenarnya berlaku dalam kes skandal 1MDB ketika menjadi Pengerusi PAC.

“Beliau dulu pengerusi PAC siasat kes skandal kewangan terbesar di dunia sebelum disogok dengan jawatan timbalan menteri yang akhirnya beliau serta tiga orang lagi ahli PAC terpaksa melepaskan jawatan masing-masing kerana dilantik ke jawatan-jawatan baru.

“Beliau telah menghampakan hasrat 30 juta rakyat pada waktu itu kerana berhenti di tengah jalan dari menyiasat kes skandal 1MDB.

“Saya juga ingin mengingatkan seluruh rakyat serta pengundi di kawasan parlimen pulai untuk tolak dan jangan undi Nur Jazlan pada pilihan raya kelak,” terangnya.

Pada Khamis lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau berhasrat untuk membentuk sebuah parti politik baharu yang akan mengabungkan satu pakatan besar parti-parti pembangkang untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tun Mahathir  ketika mengadakan sidang media umum penubuhan parti baharu  pada Khamis  lalu.

 

TAGS