Tiada sebab untuk mohon maaf, kata Muhammad Khalil

Tiada sebab untuk mohon maaf, kata Muhammad Khalil

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa tiada sebab untuk beliau memohon maaf kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan bahawa tiada sebab untuk beliau memohon maaf kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau memberi respons kepada Pemuda Amanah Nasional yang menuntut beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan bahawa Amanah hanya mendengar cakap DAP.

“Ini berdasarkan pemerhatian dan tindakan-tindakan politik mereka. Tiada sebab untuk mohon maaf,” kata Khalil kepada Malaysia Dateline.

Khalil bagaimanapun tidak menjawab sama ada beliau bersedia berdepan tindakan undang-undang atau tidak.

Semalam, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi  Mohd Mokhtar berkata, pihaknya memberikan masa dua minggu kepada Khalil untuk bersemuka dan memohon maaf sebelum tindakan undang-undang diambil.

Pemuda Amanah katanya bersedia memberikan pencerahan kepada Khalil berhubung tuduhan parti itu tunduk kepada DAP.

“Khalil mungkin bercakap berdasarkan maklumat tidak tepat yang diterima beliau sebab itu kami bersedia bersemuka secara harmoni,” katanya.

Khalil seperti dilaporkan Sinar Harian Online pada 24 Disember lalu berkata, adalah sukar untuk Amanah menyertai kerjasama PAS dan Umno kerana Amanah parti yang terikat dengan DAP.

 

TAGS