Sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, pendakwah selebriti, Da’i Syed akui tidak menerima tawaran kerja.
Pada 20 September lalu, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurut Kosmo, Syed mengakui dirinya tidak mendapati tawaran kerja maka dia dan isteri, Hana Ismail akan kembali aktif berniaga di media sosial untuk jana pendapatan.
“Kami dalam perancangan memulakan semula bisnes menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir.
“Insya-Allah saya akan mulakan siaran langsung di TikTok dan untuk semua, bolehlah sokong dan beli barangan kami,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Pada masa sama, Syed mengakui tak terasa hati dengan komen ditinggalkan netizen namun akui rasa sedih akan komen itu.
“Saya ada baca, tetapi tidak simpan dalam hati, sekadar tengok sahaja. Sebagai manusia saya pun ada rasa sedih, ” tambahnya.
Mengenai kes mahkamah yang berlangsung, peguamnya Amin Othman memaklumkan perkara tersebut erkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan.
Tambah Amin, kes membabitkan Syed akan disambung semula pada 10 Disember depan.
Baca juga: Johor negeri pertama tawar gaji premium bermula RM4,000-RM5,000, ini golongan yang terima manfaat