Tiada tolak ansur kepada tindakan sabotaj, kata KSN

Tiada tolak ansur kepada tindakan sabotaj, kata KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini, menyeru semua penjawat awam melaporkan sebarang tindakan khianat  dilakukan terhadap pegawai bukan penjawat awam kepada Ketua-ketua Setiausaha dan  Ketua-ketua Perkhidmatan masing-masing.

Beliau berkata, pihak  tidak akan ada tolak ansur terhadap sebarang percubaan khianat untuk melemahkan Kerajaan semasa (Pakatan Harapan) dan pentadbirannya.

“Ingin saya maklumkan bahawa semua Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Perkhidmatan telah diarahkan menjalankan siasatan terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku, tanpa rasa takut atau memihak.

“Saya memberi jaminan bahawa perkhidmatan awam akan sentiasa menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan semasa, berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke14 pada Meil lalu.

“Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik harus didokong,” ujarnya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata demikian susulan laporan yang disiarkan oleh  thesun-epaper hari ini (Jumaat)  terbitan The Sunday Daily dibawah tajuk:‘Un-civil servants’  yang mendedahkan daripada sumber tidak dinamakan itu mendakwa, pegawai yang dilantik oleh kerajaan baharu ke dalam pelbagai jawatan di kementerian telah menjadi mangsa ‘sabotaj’  untuk mengagalkan rancangan pentadbiran PH dengan mensabotaj tiga buah kementerian.

Sumber yangn dipetik mendedahkan bahawa beberapa pegawai kanan kerajaan, terutama yang mempunyai hubungan yang baik dengan pentadbiran terdahulu, terlibat dalam plot sabotaj tersebut.

Laporan itu turut menyebut pengakuan mangsa yang mendakwa beberapa pegawai senior di kementerian terbabit tidak gembira dengan pelantikannya di kementerian tersebut, walaupun mendapat tawaran mengisi jawatan itu atas persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0