Malaysia Dateline

Tian Chua dilantik Penasihat Khas Menteri Kerja Raya

Naib Presiden PKR, Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya.

Menterinya, Baru Bian berkata, pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

“Beliau seorang berpengalaman luas, berprinsip dan mempunyai hubungan baik dengan NGO luar dan dalam negara serta hubungan baik dengan para pemimpin negara sama ada dalam kerajaan dan luar kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tian Chua merupakan bekas Ahli Parlimen Batu mendapat pendidikan tinggi di luar negara.

Antara anugerah yang diterima beliau adalah Malaysian Human Rights Fellowship daripada Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia pada tahun 1998 dan AIF Rose Award daripada National Labour Federation of Denmark pada tahun 2003 atas usahanya memperjuangkan hak pekerja di Malaysia.