Tiba-tiba cari pasal samakan wajah Zahirah MacWilson dengan bibik, apa kena dengan Fathia Latiff?

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu, pelakon Nur Fathia Abdul Latiff pernah bercinta dengan aktor Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah MacWilson kira-kira sembilan tahun lalu pada 2015.

Mungkin itu menjawab persoalan ramai mengapa Fathia Latiff tiba-tiba dikatakan mencari pasal dengan Zahirah sehingga menyamakan wajah isteri Aiman Hakim itu seperti bibik.

Fathia ketika itu sedang menjawab komen peminat dalam siaran langsung di TikTok yang mengatakan Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.

Zahirah Macwilson

Malah, Fathia turut mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan mengatakan dia lebih jelita.

“Dia nampak seperti bibik dan ayahnya seperti pelakon yang tidak popular.

“Dia juga membuat sesuatu pada bibirnya di Australia dan jangan menafikan saya lebih cantik berbanding dia,” katanya.

Menerusi perkongsian video dimuat naik pengguna TikTok, Fathia memberitahu dia bersyukur kerana tidak bersama Aiman Hakim yang pernah menjadi teman lelakinya.

Fathia turut memberitahu dia bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman kerana didakwa tidak memiliki wang.

“Fathia Latiff ini dendam dengan Aiman tapi kutuk Zahirah,” komen seorang netizen.

“Ada juga ya perangai belum move on macam awak. Zahirah muka bibik pun jadi model jenama antarabangsa, kau ada? Fathia, just move on and live a life,” tambah seorang lagi pengguna aplikasi X.

Video yang tular di media sosial itu terus mendapat perhatian warganet yang menganggap dendam Fathia terhadap bekas teman lelakinya itu masih belum terkubur dan dikatakan masih menagih perhatian.

Baca juga: “5 tahun dah kahwin tapi tak ada privasi, pindah rumah baru pun suami ajak adik-beradik sekali…”