Malaysia Dateline

Tiba-tiba nama Shahrul melonjak selepas sentuh pemimpin nombor wahid Pas

Shahrul Nasrun bukan nama besar dalam dunia politik Malaysia tetapi nama beliau melonjak naik apabila beliau menyentuh pemimpin nombor wahid Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Ekoran tindakan itu, semua mujahid siber Pas mengerumuni Facebook beliau sehingga beliau terpaksa mohon maaf dan menarik balik posting beliau terhadap Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri itu.

Namun, Shahrul mempertahankan satu perkara, Pas menganggap Umno sebagai isteri tua manakala Bersatu yang sedang berkuasa sekarang sebagai isteri muda.

“Bahasa mudah faham, saya tidak perlu hormat orang tidak berpendirian dan takut berpihak. Kedua-duanya Pas nak.

“Jika kita ambil prinsip poligami, Umno ini isteri tua manakala PPBM adalah isteri muda.

“Dari segi keperluan mungkin boleh berlaku adil tetapi daripada segi kasih sayang.

“Agaknya Dr. Kamaruzaman sayang isteri muda atau tua?” tulis Shahrul semalam selepas diserang bertalu-talu oleh mujahid siber Pas termasuk oleh Dr Kamaruzaman Yusof, kolumnis dan penasihat media Pas itu.

Sehingga tulisan ini dibuat, 1600 komen dibuat oleh pelbagai pihak terhadap tulisan Shahrul ini terutamannya dari mujahid siber Pas.

Akhirnya selepas diasak sedemikian rupa, Shahrul mengalah dan memohn maaf.

“Saya minta maaf kalau salah sangka. Saya tiada niat nak buat sahabat Pas semua marah.

“Kalau sebelum ni bila saya bertanya kenapa PM tak ajak Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri ikut sama ke Arab Saudi, banyak tanggapan yang negatif dan salah tafsir.

“Saya cuba bertanya. Bagi saya tidak wajar sama sekali Duta Khas bertaraf Menteri tidak dibawa bersama. Beliau berpengalaman luas dan fasih bertutur dalam Bahasa Arab.

“Sekiranya Menteri Luar Negeri hadir sama, sepatutnya PM juga wajar untuk membawa Duta Khas bertaraf Menteri untuk turut serta. Beliau juga Presiden Parti, bukan hanya ahli majlis tertinggi,” tulis Shahrol.

Komen dari Shahrol ini sahaja mendapat 255 balasan dari pelbagai pihak terutama mujahid siber Pas.

“Laa aku ingat siber trooper mana tadi. Rupanya Exco Pemuda Umno,” kata Ismail Samad ketika turut mengulas mengenai komen yang dibuat Shahrul itu.

Komen dari mujahid siber Pas bukan datang dari orang biasa-biasa sahaja, bahkan juga AJK Pemuda Pas.

Salah seorang dari mereka, Mohd Akramun Nazilin menyifatkan Umno ini penakut dan tidak berani untuk isytiharkan keluar dari kerajaan PN sekarang.

“Dah dalam kerajaan PN memang la pertahankan PN…yang lagi tak faham dok dalam kerajaan tapi nak perjatuh kerajaan sendiri…

“Nak ishtihar keluar tak berani… Kan pelik tu…” tulis beliau pada dinding Facebook Shahrol.

Hanif AR pula menulis, “Isteri tua menda kau ni. Umno ni Janda kemaruk kau tahu? Janda yang anak dia pun tak nak, bila orang dah jaga kebajikan janda tu, boleh pulak nak demand macamĀ². Orang tolong tu kira syukur la. Monyet.”

AbdHakim Bin Hj Hassan menulis mengenai perangai bini tua yang ditujukan kepada Umno.

“Waktu bini tua sakit, suami dah berusaha sedaya upaya nak berubat tapi keupayaan suami amat terhad. Tiba2 hadir isteri muda yg berkemampuan menghulur bantuan dgn syarat sanggup berkongsi kasih-sayang dan manfaat bersama.

“Maka suami & bini tua pun setujulah memandangkan perjalanan kehidupan masih jauh, anak2 pun perlu dibina masa depan mereka. Tiba2 bila bini tua dah pulih sikit, dia suruh suami terajang bini muda. Wajarkah macam tu?

“Sembang orang kampung, yang Tun M kata bodoh, malas dan mudah lupa.”

As Suyuthi Asbabun Nuzul pula bertanya kenapa Umno sangat takut kepada MCA dan MIC tetapi sangat garang dengan Pas.

“Pertanyaan yang cukup simple untuk Umno kenapa Umno menikus dengan MCA, MIC tapi dengan Pas, dengan parti sesama bangsa macam SINGA lapar?”