Malaysia Dateline

Tiba-tiba telur berlambak dekat pasar raya, netizen dakwa banyak telur dah lama?

Sejak kebelakangan ini, bekalan telur papan dan minyak paket dikatakan ‘berlambak’ di pasar-pasar raya sehingga menjadi bualan ramai.

Situasi itu menimbulkan rasa bingung kerana sejak Jumaat lalu dilaporkan bekalan bahan mentah ini penuh di rak-rak pasar raya tanpa diketahui punca.

Di sebalik kelegaan yang dirasai orang ramai, seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Zikrullah Ismail bagaimanapun memberitahu bahawa kebanyakan telur yang dijual adalah telur lama.

Ini selepas isterinya sendiri mendapati hanya beberapa biji telur sahaja yang boleh diguna dalam satu papan telur dibeli.

“Isteri saya mengadu dalam sepapan telur yang dibeli hanya beberapa biji sahaja nampak telur yang baru. Selebihnya telur lama.

“Begitulah rosaknya apabila kuasa pasaran dikuasai oleh kelompok manusia yang tak bertanggungjawab begini,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Dia juga menyarankan agar orang ramai tidak membeli bekalan telur-telur yang ada di pasar raya dengan kuantiti yang banyak.

Katanya, ini adalah cara untuk mengajar kartel telur yang menyorokkan bahan mentah itu selama ini.

“Jangan beli banyak-banyak telur yang nak memburuk ni tuan-tuan. Kartel-kartel sorok telur perlu kita ajar dengan tindakan rakyat teramai. Pengguna perlu bijak.

“Mohon simpan resit dan return telur yang nampak majoriti buruk tu. Buat laporan pada tribunal pengguna. Kita perlu bertindak,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Asmah Chem memberitahu bahawa sebenarnya masalah telur di negara ini berlaku kerana nilai ringgit jatuh.

Apabila ringgit jatuh, ia menyebabkan peniaga memilih jalan mengeksport telur ayam ke luar negara bagi mendapatkan keuntungan lebih.

Malaysia pula buat masa ini tiada kawalan kuota eksport bagi telur-telur tersebut. Maka terjadilah masalah besar, kehilangan telur di rak-rak pasar raya, kata wanita itu.

“Mengikut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, pengeluaran telur di negara ini berada di paras 120 peratus, bermakna ia lebih daripada mencukupi untuk keperluan domestik. Masalah terjadi bila telur dieksport tanpa kawalan.

“Benda mudah, tapi pakat duk hairan. Paling lucu ada yang kata telur kena sorok tu, elok lah lepas PRU15 bawak keluar semua telur tembelang untuk dijual,” katanya lagi.

Baca juga: Video Sultan Brunei pandu sendiri kereta sambil bawa Anwar di sebelah curi tumpuan ramai

Baca juga: Acah Gordon Ramsay, netizen berang lihat Sheila Rusly tengking peserta masakan