Malaysia Dateline

Tidak adil labelkan Mahathir sebagai diktator dan mudah lupa, kata Khairuddin

Kalaupun saya dianggap sebagai ‘sampah’ oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah tidak adil untuk kita menggelarkan beliau sebagai diktator atau seseorang yang mudah lupa, kata Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin antara pengasas awal yang keluar dari Bersatu berkata, beliau juga bermungkinannya turut berada dalam kategori yang dilabelkan sebagai ‘sampah’ itu.

“Pada hari Jumaat lepas bersamaan 29 disember 2017 jam 9 pagi; saya pergi berjumpa dengan Tun Dr Mahathir untuk memberi beberapa pandangan peribadi mengenai perkembangan mutakhir politik tanahair.

“Banyak daripada pandangan-pandangan saya telah diterima beliau walaupun saya yang terawal keluar parti serta tidak lagi menjadi ahli PPBM.

“Sebesar zarah pun saya tidak nampak sikap diktator atau otokratik pada diri Tun Dr Mahathir.

“Tidak dinafikan beliau pernah ‘berkecil hati’ kerana kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan oleh saya tetapi dalam keadaan beliau berkecil hati masih menerima untuk mendengar segala pandangan dengan hati yang terbuka.

“Saya tak faham dengan apa yang dimaksudkan bahawa tun dr mahathir mohamad itu seorang diktator?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman, semalam, dilaporkan berkata, beliau menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pemimpin diktator, ego serta mementingkan diri sendiri sehingga melupakan jasanya sebagai salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diawal penubuhannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan dasarnya pada Messyuarat Agung Pertama parti itu pada Sabtu lalu.

Dr Mahathir dalam ucapan dasar pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu pada Sabtu, telah menyebut dikalangan bekas ahlinya bukanlah pejuang untuk menjatuhkan Najib secara lansung dan tidak langsung mereka menyokong Najib semata-mata untuk mengekalkan pemerintahan penyangak dan pencuri yang memalukan bangsa dan negara.

Justeru kata Dr Mahathir:” Saya biasa berkata mereka adalah sampah. Saya tidak minta maaf. Mereka lebih buruk daripada musuh kita. Mereka mengkhianati perjunagan yang suci yang kita usahakan untuk rakyat,” ujarnya.

Justeru menurut Khairuddin lagi, ketika beliau memimpin Deklarasi Rakyat yang mana Dr Mahathirakan menyuruh semua yang hadir beri pandangan seorang demi seorang di sekeliling meja sebelum memutuskan sebarang bentuk keputusan.

“Beliau adalah seorang tokoh negarawan yang suka dengar pandangan orang ramai terlebih dahulu baru beliau buat sesuatu keputusan yang penting.

“Bagi saya sebagai seorang yang kita anggap seperti bapa; beliau berhak nak menggelarkan atau mahu melabelkan kita sebagai apa sekalipun!!

“Beliau mempunyai justifikasinya tersendiri sebagai seorang yang paling berusia untuk membuat sebarang kiasan atau perumpamaan ke atas kita semua.

“Malahan, inilah juga sifat ibu bapa kandung kita kadang kala bila memarahi anak-anaknya.

“Pada kelazimannya, pengalaman saya ketika melaksanakan tanggungjawab untuk beliau; sebagai seorang tokoh negarawan yang berpengalaman serta bersifat ‘perfectionist’ saya seringkali dimarahinya.

“Tetapi saya tidak pernah berkecil hati kerana ini adalah sebahagian dari proses kita menimba ilmu dalam penghidupan ini,” ujarnya.

Tambahan Khairuddin lagi,a dalah tidak tertib untuk menggelarkan seseorang yang lebih berusia daripada Dr Mahathir sebagai bapa sampah dan sebagainya.

“Ini bukan adat melayu. Perbuatan ini juga bercanggah dengan hukum agama.

“Di dalam penghidupan seharian dan berpolitik kita tidak seharusnya terlalu emosional kerana setiap manusia hanya mampu merancang tetapi segalanya ditentukan oleh Allah swt.

“Siapalah kita yang serba kerdil ini nak dibandingkan dengan pengalaman hidup Tun Dr Mahathir.

“Kajilah secara mendalam setiap yang tersirat dari ungkapan tutur kata Tun Dr mahathir kepada kita dengan hati yang terbuka.

“Jangan terlalu cepat mengecam beliau tanpa kita cerminkan diri sendiri terlebih dahulu!!

“Kadangkala, kitalah yang harus muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mengenali hati budi orang lain!!

“Mengecam dan memaki hamun orang yang lebih berusia melambangkan kita tidak berakhlak dan tiada jatidiri,” ujarnya.