Malaysia Dateline

Tidak akan muncul lagi di kaca TV, Diana Amir tunggu saat untuk tinggalkan dunia seni

Saban hari dapat kita lihat artis berhijrah dan tinggalkan dunia seni untuk lebih mendekati agama. Pelakon dan pengacara, Diana Amir membuat keputusan untuk tidak lagi buat penampilan di kaca TV untuk beri fokus kepada dirinya.

Ikhlaskan diri untuk mencari agama

Diana Amir, 36, memaklumkan dia mahu mengikhlaskan diri untuk mencari agama kerana Allah SWT dan telah memaklumkan kepada suaminya mengenai keputusan tersebut.

Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, malah akan terus memperbaiki diri.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” katanya dalam bual bicara bersama Neelofa baru-baru ini.

Diana mula memakai hijab pada tahun 2011, dan pada 2019 dia mula mengenakan niqab selepas pulang dari umrah.

“Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar,” katanya.

Baca juga: Rumah Kim Kardashian berharga RM101 juta, tapi ramai tak sanggup duduk sebab terasa aura seram

Baca juga: [VIDEO] Gadis ini terlalu pantas tekan kalkulator, netizen seloroh risau jari dia pula patah nanti