Tiada pendapatan, suami guna RM7,000 kiriman isteri untuk nikahi wanita lain di Thailand

Oleh KIM SYAZIE

Mencari rezeki demi menyara keluarga, seorang wanita bergelar jururawat sanggup berhijrah untuk bekerja di Timur Tengah.

Bagaikan biawak hidup, suami wanita yang dikenali sebagai Ayu itu tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang kirimannya setiap bulan.

Namun, Ayu tidak menyangka suaminya itu tidak pernah menghargai pengorbanannya malah mengkhianati ikatan pernikahan mereka.

Mengirimkan wang kira-kira RM7,000 setiap bulan, segalanya terbongkar apabila anak mereka mengadu bahawa duit yang diberikan tidak mencukupi.

Rupa-rupanya, wang yang dikirim Ayu telah digunakan suami sebagai belanja pernikahan dan mas kahwin untuk isteri keduanya.

Dibicarakan di Mahkamah Syariah Kuala Muda kerana Ayu menuntut penceraian, kes itu dikongsikan oleh peguam syarie yang mewakilinya, Fahmi Ramli.

“Kantoi ni bila anak yang mengadu kepada Ayu, kenapa duit bagi tak cukup. Sebab nak bayar yuran tuition (kelas tambahan) lagi.

“Balik Malaysia, Ayu terus soal suaminya, kenapa anak cakap tak cukup, mana buku simpanan yang dia minta suami pegang sebagai amanah.

“Bila ditekan, barulah ‘pecah lubang’ apabila suaminya mengaku telah berkahwin dengan perempuan lain, janda kampung sebelah,” katanya.

Enggan menceraikan Ayu, Fahmi membuktikan kepada mahkamah mengenai keculasan suaminya yang gagal membayar nafkah,” ulas Fahmi.

Baca juga: Niat hanya mahu membantu, wanita terkejut kena ‘scam’ dengan lelaki OKU