Tidak boleh sentuh hal berkaitan Kementerian Pengangkutan, kata Mahfuz

Tidak boleh sentuh hal berkaitan Kementerian Pengangkutan, kata Mahfuz

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak boleh mencampuri hal berkaitan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Bagaimanapun, Naib Presiden AMANAH itu berkata, beliau kekal dengan pandangan seperti sebelum ini.

“Saya fikir itu sudah jelas tentang pendirian (peribadi) saya selama ini dan saya percaya kerajaan harus memberi pertimbangan sewajarnya.

“Pertama pengguna perlu bayar kompaun dan kemudian demerit juga memotong mata yang sehingga satu peringkat boleh digantung lesen mereka.

“Ini menunjukkan dua kali mereka dihukum dan bagi saya ia tidak wajar,” ujar Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.