Malaysia Dateline

Mohd Azam Baki

Tidak cukup bukti teruskan reman terhadap Exco dan dua lagi, kata Mohd Azam

Timbalan KetuaPesuruhjaya  Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Azam Baki berkata suruhanjaya itu kekurangan bukti untuk meneruskan tahanan reman terhadap terhadap anggota Exco Kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram.

“Saya jangka tiada tangkapan lagi kerana kita dah tangkap tiga orang namun setakat ini kami kekurangan bukti yang jelas akibat pelepasan mereka.

“Namun SPRM akan menjalankan siasatan untuk melengkapkan siasatan dan kita akan appeal (rayu) bergantung kepada DPP,” katanya.

Katanya, Pejabat Peguam Negara bersetuju untuk menfaikan rayuan terhadap keputusan sama ada esok atau lusa.

Hari ini Mahkamah Tinggi Pulau Pinang  membenarkan permohonan semakan semula untuk membatalkan perintah reman terhadap anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas meneliti hujah daripada pihak SPRM dan peguam tertuduh.

Abdul Wahab berkata perintah reman terhadap exco kanan kerajaan negeri dan dua lelaki itu yang merupakan pengarah dan pengurus sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam adalah bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.

{loadposition myposition}