Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tidak diajak mesyuarat Covid-19: Kerajaan PN ketepikan Sabah

Tidak diajak mesyuarat Covid-19: Kerajaan PN ketepikan Sabah

Oleh MAHDAR BUJANGMarch 18, 2020 5:31 pm




Tindakan Putrajaya yang tidak memanggil Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri dari lima negeri di bawah Pakatan Harapan(PH) dilihat hanya mementingkan politik daripada mengutamakan kesihatan rakyat di negara ini.

Ekoran itu, pemimpin politik di negeri Sabah turut menyuarakan kekesalan mereka.

Zaidi.. kesal SABAH diketepikan oleh kerajaan PN.

Parti AMANAH Negara Negeri Sabah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan itu yang seolah-olah menidakkan masalah kesihatan rakyat di lima negeri iaitu Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang dalam menangani masalah penularan COVID-19 yang kini melanda negara.

Pengarah Komunikasi AMANAH Sabah, Zaidi Zatil (PIC) berkata, seharusnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN)bersikap terbuka serta bekerjasama dengan semua pihak dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kami rakyat amat kecewa kerana Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Perdana Menteri yang tidak peka dengan keadaan sekarang, malah masih mahu berpolitik lagi.

“Janganlah menidakkan kesihatan rakyat lebih-lebih lagi Sabah adalah antara negeri yang tertinggi mengalami penularan COVID-19 setakat ini,” ujarnya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, satu Mesyuarat Khas penyelarasan pengawalan dan pergerakan bagi membendung COVID-19 telah diadakan serta dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jemputan mesyuarat ditujukan kepada Ketua Menteri dan juga Menteri-Menteri Besar di setiap negeri.

Namun malangnya, jemputan hanya dihadiri oleh Ketua Menteri dan Menteri Besar di bawah pentadbiran Kerajaan PN sahaja.

Lima negeri iatu Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Kedah dan Negeri Sembilan hanya diwakili oleh Pengarah Pembangunan Negeri.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production