Malaysia Dateline

Tidak dicalonkan pada PRU15, 2 penyandang kerusi Parlimen dari Pas bertanding tiket BN?

Dikatakan tidak dicalonkan pada PRU15 desas-desus semakain kuat mengatakan 2 penyandang di kerusi Parlimen Pas akan bertanding tiket BN.

Dua penyandang berkenaan adalah penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Khabar angin itu dikatakan hampir tepat apabila Nik Mohamad Abduh semalam memuat naik gambar bumi bewarna biru di Facebook sehingga mendapat reaksi balas warganet sebanyak 1,600.

Turut tersebar sejak pagi tadi poster ucapan tahniah kepada Che Abdullah kerana terpilih sebagai calon BN di Parlimen Tumpat.

Kedua-dua mereka dikatakan tidak dicalonkan pada PRU15, namun masih bertanding di kerusi berkenaan dipercayai menggunakan tiket BN, lapor Harian Metro.

Bagi Parlimen Tumpat, Pas dikatakan meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai calon.

Manakala, di Parlimen Bachok pula, Pas dijangka meletakkan Dr Wan Martina Wan Yusuff sebagai calon di kerusi berkenaan.

Terdahulu, Pas enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abduh semalam.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak terbabit.

Baca juga: Husam jawab fitnah RPK- Pihak yang upah RPK sila buat laporan polis hari ini juga!