Tidak letakkan calon, Pas seru ahli pilih Melayu Islam

Pas menasihatkan ahlinya yang akan memilih pada pilihan raya kecil Dun Sungai Kandis agar mengundi demi kepentingan Islam, Melayu dan masa depan negara.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ahli juga diminta membuat pertimbangan tersebut dengan mengambil kira sikap Pas terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

“Ahli-ahli Pas di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara.

“Sikap Pas terhadap kerajaan baru PH adalah kekal sebagaimana sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memberitahu Pas tidak meletakkan calon dalam PRK Sungai Kandis kerana ingin mengkaji terlebih dahulu Hasil Dapatan Jawatankuasa Post-Mortem PRU 14 Pas Pusat.

Jelasnya, Pas juga mengambil keputusan sama dalam PRK Dun Balakong.

“Oleh itu, Pas tidak menurunkan jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun seluruh jentera Pas akan terus bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi membuat persiapan menghadapi PRU15,” ujarnya lagi

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote