Malaysia Dateline

Tidak mahu isteri dan anak jadi malas, lelaki ini rahsiakan menang loteri RM143 juta

Tidak mahu isteri dan anaknya menjadi ‘malas’, ‘Mr Li’ merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana tidak mahu mereka menjadi ‘malas’.

Lelaki di China itu punyalah tidak mahu identitinya didedahkan, mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri baru-baru ini.

Katanya, dia berasa seronok dengan kemenangan tersebut dan akan terus merahsiakan perkara itu daripada keluarganya.

“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.

“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” lapor Agensi.

Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.

Menurutnya, dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.

Walau bagaimanapun, Li juga menyumbangkan sebahagian wang kemenangannya itu kepada badan kebajikan selepas membayar cukai.

Baca juga Tinggalkan tawaran dan cara lama – Bagaimana bakal YB respons kepada ‘masyarakat CCTV’?

Baca juga Ketagih berkahwin sampai sukar tidur, ‘Raja Playboy’ kahwin 87 kali