Khalid tidak mahu lawan abang di Johor Bahru, kesal Shahrir buat ‘u-turn’

Khalid tidak mahu lawan abang di Johor Bahru, kesal Shahrir buat ‘u-turn’

Keputusan Tan Sri Shahrir Samad menunda rancangan persaraan semata-mata mahu mempertahankan kerusi parlimen Johor Bahru, mengecewakan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid yang juga adik kepada Shahrir berkata, dengan keputusan Shahril itu menunjukkan Umno-BN di Johor dalam keadaan terdesak sehingga beliau sanggup menunda persaraan untuk memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Apabila beliau mengeluarkan kenyataan menunda rancangan persaraannya disebabkan ramai (pemimpin Pakatan Harapan) yang mahu bertanding di Johor, ini menunjukkan Umno-BN berada dalam keadaan ketakutan hingga orang yang nak bersara pun terpaksa tangguh persaraannya.

“Ini kerana ancaman dan serangan Pakatan Harapan ini berpotensi mengalahkan Umno-BN.

“Saya nak bagi tahu Johor Bahru merupakan kubu terakhir. Jika jatuh Johor akan jatuh Putrajaya.

“Tapi saya tidak ada RM3 juta nak bagi pada AMANAH. Tetapi implikasi kemenangan di Johor Bahru itu akan membawa implikasi negeri Johor akan jatuh maknanya Putrajaya juga akan jatuh,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Wisma Amanah hari ini.

Justeru katanya beliau hanya sanggup bertanding di kerusi Johor Bahru melawan abangnya Shahrir sekiranya diizinkan Pakatan Harapan.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Bagaimanapun ujarnya, secara peribadi beliau tidak berhasrat untuk bertanding di Johor Bahru semata-mata untuk mencipta sejarah kejatuhan Johor sekaligus Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

“Saya sendiri pernah terlibat untuk mencipta sejarah memenangkan pembangkang di negeri Selangor dan selama dua penggal saya berada di Shah Alam.

“Saya melihat nak jatuhkan Johor Bahru atau nak menangkan (merampas) Johor merupakan cabaran yang cukup menarik, jika dibenarkan untuk terlibat mencipta sejarah menjatuhnya Johor-Johor Bharu-Putrajaya.

“Malangnya bagi saya, abang saya tunda perancangannya untuk bersara. Oleh kerana dia akan bertanding, saya tidak mahu terlibat dengan satu keadaan yang mana bertanding dengan abang sendiri untuk saya mencipta sejarah itu di Johor Bharu,” ujarnya.

Menurut Khaled lagi keputusan Shahrir menangguhkan persaraannya amat mengecewakan kerana abangnya itu dakwanya, mahu mempertahankan BN dan Najib.

” ‘Najib is not worth it (tidak berbaloi dengan Najib)..kenapa nak tunda persaraan demi pertahankan kepimpinan kleptokrat. Lebih baik bersara, buat kerja amal lebih bermakna.

“Kita tidak mahu ia diingingati sebagai seorang yang mempertahankan pemerintahan kleptokrat pada penghujung kerjaya politiknya,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS