Penyanyi dangdut sensasi, Mas Idayu tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana petandingan nyanyian setelah bergelar juri.
Menurutnya, level atau tahapnya yang telah lama berkecimpung di dalam dunia seni itu tidak sesuai untuk turut serta bertanding.
Bahkan, statusnya sebagai juri tetap boleh terjejas dari sudut negatif sekiranya menerima tawaran untuk menjadi peserta.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh penyanyi yang berusia 51 tahun itu ketika menjawab soalan Nabil Ahmad di segmen 3 Pagi Era.
Mas Idayu turut menyifatkan pertanyaan pelawak dan juga penyampai radio itu sebagai ‘soalan bodoh’.
“Sebenarnya kalau 12 tahun dulu, boleh sebab belum betul-betul establish (memantapkan kedudukan) sebagai juri tetap.
“Pada tahap ini, artis yang sudah jadi juri tetap dan sentiasa dipanggil jadi juri rasanya jangan jatuhkan level kami,” tegasnya.
Juri tetap Famili Duo sebelum ini dicabar untuk menyertai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza bagi membuktikan kehebatannya.
Hal ini berpunca dari tindakannya yang merendahkan kemampuan peserta rancangan tersebut, Sissy Iman dan Naim Daniel.
Baca juga: Sahut seruan kerajaan, pasar raya tawar lauk sotong dalam Menu Rahmah