Tidak mampu berbuat apa-apa hanya menangis menahan kesakitan apabila seorang perempuan diterajang, ditampar dan dilibas dengan selipar oleh lelaki telah mengundang kemarahan netizen.
Ini berikutan tularnya satu rakaman video berdurasi 18 saat menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding.
Video berkenaan menunjukkan lelaki itu menyerangnya lagi dengan menendangnya sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berkali-kali.
Ditampar berkali-kali, perempuan terbabit hanya menangis sambil memegang kepalanya di tepi dinding.
Melihat rakaman itu, netizen juga bertindak mengecam perakam video terbabit yang ketawa apabila melihat perempuan itu dipukul.
Setakat ini tidak dipastikan bila kejadian itu berlaku namun lokasi kejadian seperti di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu, dipetik Harian Metro
Baca juga: 5 tawaran utama anak muda PH untuk generasi muda negara ini