Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan parti pimpinannya merupakan satu pertubuhan yang berintegriti di Malaysia walaupun baru diasaskan.
Hal ini kerana partinya tidak pernah memanfaatkan agama Islam sebagai ‘modal politik’ untuk meraih sokongan rakyat.
Kenyataan ini berbeza dengan parti Pas kerana dipimpin oleh ahli politik yang digambarkan Ibrahim sebagai hipokrit dan munafik.
“Walaupun Putra parti baharu dan masih kecil, namun kita tidak sekali-kali menjual atau menggunakan agama sebagai modal politik murahan.
“Putra adalah parti yang lurus dan jujur, bukan parti auta, putar belit dan tunggang agama,” katanya
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Datuk Hashim Jasin yang mempersoalkan penyertaan Tun Dr Mahathir ke dalam parti itu.
Hashim Jasin yang merupakan Mursyidul Am Pas itu berpendapat Mahathir membuat keputusan yang salah kerana menyertai Putra.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut dibidas oleh Ibrahim kerana baginya, pemimpin Pas itu tidak memahami asas demokrasi.
“Raikanlah perbedaan wadah yang matlamatnya sama, barulah dia dilihat seorang ulama yang waras, berilmu dan berjiwa besar, bukan ‘ularsemak’.” katanya.
Tambah Ibrahim, penggunaan agama dalam parti boleh memberi kesan negatif kerana ‘tindak tanduk’ pertubuhan itu mungkin disalah erti sebagai ajaran Islam.
Baca juga: Niat nak tolong ibu angkat barang, sekali lelaki ‘ternaik’ kereta api sama