Malaysia Dateline

Tidak patuhi SOP PKP 5 premis hiburan, makanan diarah tutup

Ekoran tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sebanyak lima buah premis hiburan dan makanan telah diarah tutup selama tujuh hari mulai 16 hingga 22 September oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kesemua premis terlibat yang terletak sekitar kawasan Georgetown diarahkan tutup dibawah Akta 342 kerana tidak mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan.

Antara ketidakpatuhan SOP yang gagal dipatuhi oleh premis terlibat ialah tiada penjarakkan fizikal iaitu dua meter diantara meja dan satu meter diantara individu.

Selain itu, premis-premis tersebut juga didapati menjalankan aktiviti hiburan dengan memainkan muzik yang kuat serta penjualan ‘liquor’ dan tiada penjualan makanan dan minuman seperti yang disyaratkan.

Manakala itu, pengendali makanan maupun staf tidak memakai pelitup muka sepertimana yang telah disyaratkan semasa PKP dilaksanakan.