Malaysia Dateline

Tidak perlu jadi lesu semasa berpuasa, ikuti 7 tips kekal kerja dengan bertenaga sepanjang Ramadan

Anda tidak perlu jadi lesu semasa berpuasa sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengikuti 7 tips untuk kekal kerja dengan bertenaga sepanjang Ramadan ini:

  1. Kekal terhidrat dengan minum air secukupnya

Apabila badan mempunyai kandungan air yang cukup, badan akan berasa kurang letih dan lebih bertenaga.

Minum 8 gelas sepanjang hari dalam bulan Ramadan iaitu segelas selepas bangun sahur, selepas sahur, saat berbuka puasa, selepas solat Maghrib, selepas makan, selepas solat Isyak, selepas solat tarawih dan sebelum tidur.

  1. Sibukkan diri

Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti ringan seperti mengemas rumah, berkebun dan luangkan masa untuk beribadat untuk elakkan kelesuan.

Bangun awal sebelum sahur untuk qiamullail. Selepas Subuh, baca beberapa muka surat al-Quran supaya boleh katam dalam tempoh sebulan.

  1. Rehat dan tidur secukupnya

Jangan melengahkan waktu tidur. Tidur awal sejam atau dua jam selepas tarawih supaya tidak terlepas waktu sahur. Masa makan tengah hari, tidur sekejap sebelum waktu Zohor. Kekurangan masa tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.

  1. Kurangkan garam dan makanan berminyak

Garam adalah antara elemen yang boleh membuatkan badan mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau menjadi dehidrasi semasa berpuasa. Tubuh badan akan menjadi cepat lesu, letih dan tekak akan berasa cepat haus dan dahaga.

Elakkan juga segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak. Jangan kolesterol terus menimbun dalam darah anda. Ingat, faktor risiko penyakit jantung ialah kolesterol tinggi yang menjejaskan 48 peratus atau satu daripada dua individu di negara ini.

5. Elak minuman berkarbonat / tinggi gula

Elak minum minuman tinggi gula atau bergas sepanjang Ramadan. Gantikan dengan jus minuman yang anda kisar sendiri di dapur.

Berazam jadikan Ramadan ini agar anda tidak menambah statistik seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes.

  1. Lakukan senaman

Senaman yang dilakukan tidak perlu berat. Anda boleh menghadkan senaman tersebut kepada 15-20 minit sahaja, ikut kemampuan. Senaman ringan, jangan lakukan senaman yang ekstrem. Berlari agar tamat sejurus sebelum waktu berbuka puasa.

  1. Jangan meninggalkan sahur

Jangan sesekali meninggalkan sahur kerana sahur adalah sunnah dan sahur boleh memberikan tenaga sepanjang hari. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka.

Pilih makanan yang bantu rasa kenyang lebih lama dan meningkatkan metabolisme.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/kembangkan-pendapatan-paling-kurang-10-setiap-tahun-ketahui-lima-tips-bijak-urus-kewangan-anda/