Tidak perlu jawab tuduhan berasaskan laporan media, kata Najib

Tidak perlu jawab tuduhan berasaskan laporan media, kata Najib

 

 

 

 

 

 

Kerajaan tidak perlu menjawab tuduhan yang dibuat berasaskan kepada laporan media seperti yang dinyatakan mengikut Peraturan Dewan Rakyat 23 (1) ( i), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan tidak perlu menjawab tuduhan yang dibuat berasaskan kepada laporan media seperti yang dinyatakan mengikut Peraturan Dewan Rakyat 23 (1) ( i), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjawab demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Dewan Rakyat.

Pua bertanyakan soalan mengapa anak syarikat 1MDB, SRC International membayar RM170 juta kepada Putra Perdana Construction antara Julai 18 dan Ogos 8 pada 2014.

Pua juga bertanyakan mengapa RM27 juta daripada RM170 juta itu dipindahkan ke akaun Menteri Kewangan (Najib).

“Untuk pengetahuan, RM170 juta dibayar kepada Putra Perdana Construction untuk ‘turnkey project’ tetapi projek ini telah dibatalkan dan sejumlah wang itu dipulangkan semula kepada SRC International.

“SRC International tidak mempunyai maklumat berkenaan sejumlah wang dipindahkan ke akaun Menteri Kewangan dan tuduhan itu hanya berasaskan laporan media portal yang tidak  boleh dibuktikan kebenarannnya.

“Sehubungan itu, berdasarkan Peraturan Dewan 23 (1) (i), soalan ini tidak perlu dijawab kerana ia hanya berdasarkan laporan media,” jelas Najib.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng pula bertanyakan soalan siapakah yang meluluskan perpindahan wang RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib tanpa pengetahuan beliau.

Wang Chen juga bertanyakan adakah wang itu telah dipulangkan semula kepada SRC International.

“SRC International tidak mempunyai maklumat mengenai isu ini dan ia hanyalah dakwaan berasaskan laporan portal media,” jawab Najib menerusi jawapan bertulisnya.

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  turut menyarankan kerajaan khususnya perdana menteri menyaman media antarabangsa terutamanya Wall Street Journal (WSJ) yang secara berterusan menyiarkan berita-berita negatif tentang syarikat pelaburan negara, 1MDB bagi menjaga imej negara di mata dunia.

Berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih di atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, Dr Wan Azizah berkata dengan menyaman WSJ di mahkamah sama ada di dalam atau di luar negara, maruah negara di mata rakyat dan mata dunia antarabangsa dapat dipertahankan.

Pihaknya juga menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak mengelak ‘daripada memburukkan negara di mata masyarakat antarabangsa’.

TAGS

COMMENTS