Ketika trend sekarang memberi nama panjang berjela kepada anak, lain pula dengan adik-beradik ini yang bakal memudahkan cikgu dan kawan mereka memanggil nanti.
Seorang ibu, Denia Eyenie menerusi TikTok berkongsikan nama lima anaknya iaitu Nuh, Anas, Isa, Muaz dan Hawa.
Rata-rata warganet memuji tindakan menamakan anak dengan nama yang ringkas, antaranya, Shima yang menulis, “Alhamdulillah. Senang nak panggil dan sebut.”
Noorhazlin Yahya turut memuji tindakan ibu berkenaan dengan memberitahu zaman sekarang banyak nama terdiri daripada tiga atau empat huruf.
“Bagus, nama-nama pendek begini. Cikgu-cikgu pun senang nak tulis dan sebut. Tapi sekarang payah nak jumpa nama yang tiga atau empat patah kata.
“Yang banyak tiga atau empat perkataan. Itu belum masuk nama ayah yang dua atau tiga perkataan.
“Berbelit-belit lidah nak menyebut nama terlebih moden tu. Maknanya entah apa,” tempelaknya.
Bagi Zulkhairil Fahmi, nama pendek-pendek adalah lebih baik kerana jika kawan panggil nama cukup makna berbanding nama panjang tetapi orang panggil pendek mengakibatkan tidak cukup makna.
Sementara itu, CikPuan Yatie pula berkata, mereka yang letak nama anak panjang kemudiannya panggil anak tetap satu nama malah mungkin guna panggilan yang tiada kena-mengena dengan nama panjang berjela itu.
Abdullah Ayob pula berkata, “Nak isi borang senang” manakala Norhaniza Mohamad berpendapat, nama pendek-pendek tetapi nama yang baik-baik.
“Semoga semua jadi anak soleh dan solehah,” kata Norhaniza lagi.
Baca juga Mengapa resah perhati dari jauh? Ini pengalaman warganet ketika orang tersayang sedang lena
Baca juga 5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu