Malaysia Dateline

Tidak perlu ‘suruh’, semua pihak terlibat tangani ancaman COVID-19

Menangani ancaman wabak COVID-19 yang kini sedang melanda negara merupakan tanggungjawab semua pihak tidak kira siapa sama ada pembangkang atau kerajaan.

Semua pihak tidak kira siapa, terlibat dalam usaha memerangi ancaman covid 19, kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Berhubung gesaan blok kerajaan yang meminta agar ahli Parlimen pembangkang bekerjasama menangani penularan wabak tersebut, Mohamad berkata ia sememangnya tanggungjawab yang perlu digalas.

Justeru katanya, tidak perlu ‘menyuruh’ pihak pembangkang dengan gesaan sedemikian.

“Semua rakyat terlibat dalam menangani wabak ini. Tak payah suruh orang.

“Dalam menghadapi konflik ini, kita semua bekerjasama. Tak payah siapa-siapa suruh.

“Kita semua ambil tanggungjawab,” tegasnya kepada pemberita selepas melancarkan projek Usahawan Harapan anjuran Pemuda AMANAH Nasional.

Pada masa sama, Mohamad berkata, segala keputusan berhubung pergolakan politik yang berlaku ketika ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.