Malaysia Dateline

Tidak perlu taksub kepada mana-mana orang politik

Berubah pendirian politik adalah perkara biasa. Suatu masa sokong A, pada masa lain tolak A. Suatu masa pertahan B, pada masa lain ketepikan B. Pendirian politik boleh berubah setiap minit.

Orang politik hidup dengan idea. Idea orang politik dilaksanakan oleh jentera parti atau kerajaan. Jika cuma ada idea, tapi tidak ada jentera pelaksana, idea ibarat fatamorgana.

Idea hebat ialah idea yang boleh diterjemah. Jika tidak boleh diterjemah atau orang tidak mahu terjemah, idea itu dirasa hebat oleh pemberi idea, tapi tidak pada orang lain.

Supplement orang politik ialah kontroversi. Lebih kontroversi lebih meriah hidup orang politik. Lantaran itu, orang politik suka mikrofon.

Tidak perlu taksub kepada mana-mana orang politik. Jika orang politik nampak warak, dia sedang cari sokongan. Jika nak tunjuk cerdik, dia sedang cari pengaruh.

Saya pun orang politik juga.