Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tidak perlu tanda tangan petisyen sokong Anwar, kata Amirudin

Tidak perlu tanda tangan petisyen sokong Anwar, kata Amirudin

BernamaJuly 29, 2019 9:06 pm




PKR Selangor hari ini menegaskan tidak perlu menandatangi petisyen bagi menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor yang juga Menteri Besar, Amirudin Shari berkata ini kerana sokongan terhadap Anwar tidak pernah dicabar oleh mana-mana barisan kepimpinan mahupun anggota parti.

“Jawatan presiden sebelum ini juga tidak pernah dicabar oleh sesiapa dan sehingga hari ini kedudukan Datuk Seri Anwar selaku presiden parti juga tidak pernah dipertikaikan.

” Jadi saya tidak nampak apa kewajaran nak sign (tanda tangan petisyen) tanda sokongan terhadap beliau, tetapi tak apa lah, kalau semua sokong kita sokong tak jadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Amirudin diminta mengulas tindakan beberapa negeri termasuk Pahang, Perak, Johor dan Pulau Pinang yang menandatangi petisyen bagi menyokong kepimpinan Anwar sebagai presiden PKR, baru-baru ini.

Katanya, PKR Selangor sehingga kini berpendirian untuk menyokong kesemua barisan kepimpinan parti yang telah dipilih sebelum ini.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production