Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tidak perlu tergesa-gesa GPS putuskan sertai Kabinet atau tidak, kata Abang Johari

Tidak perlu tergesa-gesa GPS putuskan sertai Kabinet atau tidak, kata Abang Johari

BernamaMarch 3, 2020 8:22 pm




 Isu mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi sebahagian daripada Kabinet Persekutuan adalah kurang penting berbanding kepentingan negara yang menjadi keutamaan, kata Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg hari ini.

Abang Johari berkata beliau memerlukan masa untuk memutuskan sama ada GPS akan menerima atau menolak sebarang jawatan dalam kerajaan Persekutuan itu.

“Biar saya lihat dahulu…mengandaikan ada jemputan (untuk GPS menyertai Kabinet) tidak berapa penting, keutamaannya adalah soal negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keharmonian Antara Agama bersempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2020 yang dianjurkan Pusat Penerangan Islam Sarawak di sini.

Abang Johari berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau sudah membuat keputusan mengenai gabungan itu menyertai Kabinet Persekutuan selepas Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kepimpinan gabungan itu menyerahkan mandat sepenuhnya kepada Abang Johari untuk membuat keputusan.

Cakap-cakap mengenai kemungkinan kemasukan wakil-wakil GPS dalam Kabinet baharu itu timbul setelah mereka menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepemimpinan politik.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Ahad lepas.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production