Tidak perlu ugut pendeposit TH, segera tangani krisis keyakinan – Abim

Tidak perlu ugut pendeposit TH, segera tangani krisis keyakinan – Abim

Kerajaan harus segera menangani krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat di kalangan pendeposit Tabung Haji (TH) bukan dengan mengeluarkan kata ugutan kepada pendeposit, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhd Faizal Abdul Aziz.

Kerajaan harus segera menangani krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat di kalangan pendeposit Tabung Haji (TH) bukan dengan mengeluarkan kata ugutan kepada pendeposit, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Muhd Faizal Abdul Aziz.

Muhd Faizal Abdul AzizBeliau berkata, TH adalah milik rakyat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri.

“Sepatutnya krisis kepercayaan dan keyakinan rakyat atau pendeposit harus ditangani dengan penjelasan yang jelas dan ‘good faith’ bukan dengan ugutan.

“Ini penting kerana TH adalah milik umat bukan milik mana-mana individu termasuk menteri,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pada Isnin dipetik sebagai berkata pendeposit yang mengeluarkan simpanan kerana percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji sebanyak M1300.

Pendeposit juga, kata Jamil Khir tidak akan menerima dividen lima peratus dan bonus tiga peratus jika mengeluarkan semua wang simpanan.

Pendeposit yang mendaftar semula juga terpaksa menunggu giliran lebih 70 tahun untuk menunaikan haji, kata beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat.

Ditanya adakah perlu Lembaga Tabung Haji mempunyai mekanisme baru untuk mengembalikan keyakinan 8.8 juta pencarum terhadap kredibiliti institusi haji umat Islam itu, Muhd Faizal berpandangan ia amat perlu.

“”Menunaikan haji adalah kewajipan dan ia adalah rukun Islam, maka institusi haji seperti TH perlu dijaga sebagai amanah dan milik umat Islam.

“Bagi saya perlu tingkatkan mekanisme yang membawa kepada ketelusan. Sebagai contoh hak-hak pendeposit tidak dinyatakan secara nyata dalam akta berkaitan TH dalam mempersoal tindakan TH menguruskan pelaburan wang-wang pendeposit.

“Sebaliknya menurut akta TH kuasa penuh diberikan kepada ahli lembaga pengarah hanya dengan kelulusan menteri sebagaimana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

“Malah tiada mekanisme jelas untuk halang isu ‘conflict of interest’,” ujarnya.

TAGS