Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tidak pulangkan wang SRC International kerana siasatan masih berjalan, kata Najib

Tidak pulangkan wang SRC International kerana siasatan masih berjalan, kata Najib

MALAYSIADATELINEJanuary 7, 2020 1:50 pm




Datuk Seri Najib Razak berkata tindakannya tidak memulangkan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaunnya adalah kerana siasatan berkenaannya sedang dijalankan.

Meskipun terkejut dengan kemasukan wang tersebut namun bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak boleh terus memulangkannya sebelum siasatan selesai pada waktu itu.

 Memetik laporan Malaysiagazette hari ini,  beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Sithambaram: Shamsul kata, kamu menyatakan rasa terkejut apabila ia (RM42 juta) dibayar ke akauan kamu.

Najib: Ya.

 Sithambaram: Kalau begitu, perkara logik yang perlu dilakukan ialah memulangkang wang berkenaan (kepada SRC).

Najib: Ia tertakluk kepada siasatan.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman sebagai salah seorang saksi perbicaraan kes SRC pada tahun lalu memberitahu mahkamah bahawa Najib terkejut selepas dimaklumkan wang SRC masuk ke dalam akaunnya.

Terdahulu Najib seperti sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International dimasukkan ke dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.

Najib: Seperti mana saya katakan di sini, ia masuk ke akaun saya, tapi bukan dalam pengetahuan saya.

Sitham: Saya ingin tahu sama ada memang wujud kelayakan.

Najib: Saya menyatakannya jadi ia sangat jelas, pada masa itu saya tidak tahu ia adalah wang SRC kerana ia datang melalui perantara. Saya tidak tahu ia adalah wang SRC semasa waktu ia berlaku. 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Terkini

Ordinan Darurat 2021: OMG. Mengerikan!

Muhyiddin perlu guna dana awam ikut keutamaan

Rogol kanak-kanak dalam lokap: Audit segera CCTV balai polis

Baik buruk melengkung gred dalam peperiksaan

Pertimbang semula moratorium elak rakyat terus terjejas

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production